Isnin, 15 Disember 2014

Kah kah kah lihatlah bagaimana orang UMNO kantoi dalam kes bicara Mat Sabu

Teguling - guling aku ketawa dengan bodohnya kelaku orang UMNO yang bernama Siti. Buat laporan polis bagi pihak orang lain. Memang bangang nak mampus. Hahahaha

Perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini menyaksikan saksi pendakwa mengaku beliau tidak membuat laporan polis meskipun laporan polis kononnya atas nama beliau wujud dan dikemukakan di mahkamah. Azlas Jaafar, 65, berkata demikian ketika beliau disoal balas oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, hari ini.

Azlas merupakan saksi ke-10 pihak pendakwa dalam kes pendakwaan ke atas Mat Sabu berkaitan isu Bukit Kepong.

Mat Sabu didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana dituduh menfitnah anggota anggota polis di Bukit Kepong dan keluarga mereka semasa menyampaikan ceramah di Kampung Jarak, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 21 Ogos, 2011.

Semasa disoal pihak pendakwa, Yusaini Amir, Azlas menyatakan beliau tidak pernah membuat laporan polis ke atas ucapan Mat Sabu tersebut. Azlas juga mengaku tidak boleh menulis dan membaca dan dia juga tidak pernah mendengar ucapan Mat Sabu malahan tidak mengenali pemimpin PAS tersebut.

Saksi berkata ada orang beritahu beliau Mat Sabu menghina bapa beliau yang meninggal dunia pada 1950 selepas diserang komunis di Bukit Kepong. Peristiwa Bukit Kepong bagaimanapun berlaku pada Februari 1951.

Semasa disoal balas Hanipa, Azlas mengaku dia tidak membuat laporan polis namun apabila ditunjukkan laporan polis dengan nama beliau, dia menyatakan itu bukan laporan beliau kerana beliau tidak pernah buat laporan polis.


Hanipa: Makcik Azliza, makcik kata tidak pernah buat laporan polis, boleh terangkan bagaimana boleh wujud laporan polis atas nama makcik ya?


Saksi: Saya tak tahu...mungkin jiran saya yang buat laporan itu.


Hanipa: Siapa nama jiran makcik itu ya?


Saksi: Nama dia Saidi.


Hanipa: Saidi ni orang Umno kan makcik?


Saksi: Ya, dia orang Umno.


Hanipa: Jadi Saidi Umno ni lah yang makcik kata mungkin membuat laporan polis guna nama makcik tanpa pengetahuan makcik?


Saksi: Ya.


Hanipa: Mak cik pernah ke mendengar ucapan Mat Sabu dalam sebarang masa?


Saksi: Tak pernah.


Hanipa: Apabila tak pernah dengar, maka makcik sendiri tak tahu lah apa sebenarnya yang Mat Sabu cakap kan... betul atau tidak makcik?


Saksi: Betul.

Hanipa: Maknanya juga apa yang makcik kata tadi bahawa Mat Sabu hina ayah makcik juga pun tak betul lah makcik sebab makcik sendiri pun tak pernah dengar ucapan Mat Sabu.

Saksi: (Angguk kepala)

Apabila disoal semula oleh pendakwa tentang wujudnya tandatangan dalam laporan polis yang mengandungi namanya, Azlas menjawab tandatangan tersebut bukan tandatangan beliau. Selepas mendengar jawapan tersebut pendakwa menyatakan kepada mahkamah bahawa mereka tidak ada soalan lain kepada saksi tersebut. Sebelum ini, beberapa saksi pendakwa juga memberi keterangan yang dilihat begitu pelik.

Antaranya Nazir Bin Yusuf telah memberi keterangan yang menyatakan dalam laporan polis bahawa beliau menonton sedutan ucapan Mat Sabu yang disiarkan oleh TV3 dalam berita jam 8 malam pada 21 Ogos 2011, yang beliau dakwa memfitnah ayah beliau.

Bagaimanapun apabila disoal Hanipa bagaimana TV3 boleh menyiarkan ucapan Mat Sabu pada jam 8 malam 21 Ogos 2011 sedangkan Mat Sabu hanya mula berceramah jam 11 malam pada tarikh 21 Ogos 2011 tersebut, saksi tidak dapat menjawab. Begitu juga saksi pendakwa lain, juga mengakui bukan Mat Sabu yang memfitnah polis Bukit Kepong sebaliknya menurut saksi tersebut, pembaca berita yang fitnah polis.

Saksi pertama pendakwa, bekas anggota polis berbangsa India yang tinggal di Raub, Pahang pula mengakui bukan Mat Sabu yang fitnah polis tetapi dialah yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis beliau. Malahan saksi itu minta maaf kepada Mat Sabu dan juga meminta pendakwaan ditarik balik. Saksi tersebut juga menyatakan dalam mahkamah "Mat Sabu is my brother now!".

Perbicaraan berjalan di hadapan Hakim Meor bin Sulaiman akan disambung semula pada 16 Januari 2014 di Mahkamah Sesyen Butterworth, di mana pendakwa memaklumkan kepada mahkamah mereka bercadang memanggil saksi terakhir mereka iaitu Prof Khoo Kay Kim.
Perbicaraan hari ini dipindah ke Kuala Terengganu kerana Azlas uzur dan tidak boleh jalan jauh. Mat Sabu diwakili oleh tiga orang peguambela iaitu Nasar Khan, Aminuddin Zulkifli dan Hanipa Maidin.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: