Kakitangan dari semua peringkat syarikat tersebut, termasuk wartawan dan pegawai pengurusan tertinggi, menerima tawaran itu.
Antaranya adalah ketua redaksi berita mandarin NTV7 dan 8TV, Tan Chin Tuan; editor eksekutif hal ehwal semasa bahasa Mandarin, Tan Boon Kooi; serta seorang lagi editor eksekutif, Tham Chooi Foong, menurut sumber.
Ketiga-tiganya merupakan pemimpin utama di bahagian berita dan hal-ehwal semasa bahasa Mandarin di ntv7 dan 8TV.
Seorang pembaca berita NTV7, Melissa Ong dalam tulisan di Facebook turut mengesahkan bahawa permohonannya untuk mengambil skim tersebut diluluskan oleh Media Prima.
Para kakitangan yang mengambil skim tersebut akan menamatkan khidmat mereka pada hari Isnin, menurut sumber.
Menurut laman webnya, Media Prima menyatakan bahawa syarikat itu memiliki kepentingan 100 peratus dalam TV3, 8TV, NTV7 dan TV9.
Media Prima juga memiliki 98 peratus kepentingan dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP).
Kumpulan berkenaan turut memiliki akhbar Berita Harian dan Harian Metro serta tiga stesen radio – Fly FM, Hot FM dan One FM.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan