Ahad, 16 November 2014

Zizan kena saman RM500 ribu

BEKAS pengurus Zizan Razak telah mengemukakan saman berjumlah RM500,000 selepas pelawak ini didakwa melanggar kontrak pengurusan artis yang ditandatanganinya.

Marina Juki selaku plaintif telah memfailkan saman di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada 6 November lalu.

Saman tersebut difailkan selepas Marina dari Wire Fame Entertainment Sdn Bhd mendapati Zizan melanggar syarat kontrak apabila dia bekerjasama dengan syarikat lain sedangkan perjanjian bersama Wire Fame masih belum tamat yang mana ia berakhir pada 5 Mei 2015.

Marina selalu plantif menuntut ganti rugi khas lebih RM500 ribu, ganti rugi am sebanyak 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh Zizan daripada syarikat pengurusan lain.

Dalam pada itu, Marina juga menuntut faedah lain sebanyak 5 peratus setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan. Selain itu, beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan dia masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama plaintif.

Marina turut membuat tuntutan ganti rugi bagi pelanggaran kontrak tersebut termasuklah kos dan lain-lain tuntutan munasabah oleh pihak mahkamah.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: