Sabtu, 15 November 2014

Semakin galak Mahathir 'serang' Najib .. lihatlah

Selepas mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mengalihkan sasarannya pada projek Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir mengingatkan kerajaan yang ditadbir perdana menteri bahawa wang untuk membayar BR1M merupakan wang pembayaran cukai.

"Kita jangan lupa yang duit kerajaan diperolehi melalui cukai yang dikenakan ke atas rakyat.

"Cukai ini meningkatkan kos sara hidup. Tetapi rakyat masih lagi sanggup bertahan dengan kos yang dikenakan kerana mereka menjangkakan kerajaan akan memberi keselamatan, mentadbir negara dengan baik dan mempunyai dasar yang memberi faedah kepada rakyat.

"Tetapi rakyat tidak mahu melihat cukai yang mereka bayar dibelanjakan dengan cara yang diluar jangkaan ini.

"Sudah tentu mereka tidak mahu wang hasil titik peluh mereka dibelanjakan untuk memenangi populariti bagi sesiapa atau parti-parti politik atau pentadbiran," katanya.

Selain itu, Mahathir juga membantah pemberian pada skala yang besar kepada rakyat seperti BR1M dilihat seperti memberi rasuah.

"Dan ia diberi apabila pilihan raya semakin dekat atau sebagai manifesto pilihan raya yang menjanjikan perkara ini (BR1M). Tanggapan yang tak boleh dielak ialah pemberian ini seperti membeli undi.

Bergantung pada k'jaan

"Jika mahu meningkatkan pendapatan, sepatutnya menyediakan peluang bekerja atau perniagaan.

"Tetapi BR1M mempunyai lebih banyak implikasi negatif. Ia meningkatkan kecenderungan untuk bergantung kepada kerajaan walaupun untuk pendapatan seseorang tanpa mereka usaha apa-apa.

"Ia melemahkan sikap seseorang dan mengurangkan sikap berdaya saing," katanya lagi.

Bekas perdana menteri itu juga berkata pendapatan yang tinggi sepatutnya datang daripada peningkatan produktiviti dan tanpanya persaingan tidak dapat diperkukuhkan.

"Kita mahu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Kita fikir ia boleh dicapai dengan meningkatkan pendapatan purata ke tahap yang tertentu. Ini sebenarnya mengelirukan.

"Beberapa orang dengan pendapatan yang tinggi akan mengganggu pendapatan purata. Pendapatan per kapita tidak seharusnya menjadi ukuran kepada pencapaian kita untuk mendapat status negara maju. Penekanan ke atas pendapatan yang tinggi semata-mata tidak cukup.

"Malah, dengan sendirinya, ia tidak akan menjadikan negara ini sebuah negara maju tetapi ia akan menjadi lebih mengelirukan apabila pendapatan disebabkan oleh pemberian oleh kerajaan," kata Mahathir.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: