Ahad, 23 November 2014

Pemandu teksi terlampau ..

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian akan keluar dari teksi dan meninggalkan beg tangan mereka di dalam kenderaan itu membeli kad tambah nilai.

Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi bijak menggunakan keramahannya berkomunikasi untuk memperdayakan 21 penumpang wanita sebelum melarikan barang berharga milik mangsa.

Difahamkan, lelaki berusia 28 tahun itu akan mengambil mangsa sebelum meminta penumpangnya itu menolong membeli kad tambah nilai telefon bimbit di kedai serbaneka.

Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian akan keluar dari teksi dan meninggalkan beg tangan mereka di dalam kenderaan itu membeli kad tambah nilai.

Kesempatan itu diambil suspek untuk melarikan diri bersama beg tangan mangsa berisi wang tunai, telefon bimbit dan barang kemas.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, kegiatan suspek bagaimanapun ditumpaskan selepas pasukan khas polis menyerbu kediaman suspek di sebuah flat di Jalan Kuchai Lama, di sini, jam 6.15 petang Isnin lalu.

Menurutnya, polis sebelum itu mengekori teksi dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan sehingga ke kawasan flat berkenaan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

kurang faham teksi membawa 21 penumpang ke???

Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi bijak menggunakan keramahannya berkomunikasi untuk memperdayakan 21 penumpang wanita sebelum melarikan barang berharga milik mangsa