Selasa, 11 November 2014

parah memang parah ... tak tau nak cakap apa lagi!

"selepas mendengar penjelasan Kementerian, kami berpuas hati"

Lepas panggil semua Kementerian yang bermasalah, PAC dah ada skrip untuk dibacakan di hadapan media?

Lepas tu tahun seterusnya bertambah dan bertambah lagi ketirisan. Lepas tu UMNO - BN pun hentam naik itu naik ini untuk cover hutang. Rakyat yang merana.

Bila nak habis semua ni?

Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara ( PAC ) terkejut apabila lebih banyak ketirisan berlaku dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri ke-3 2013 yang dibentangkan di Parlimen semalam.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pihaknya sedikit kecewa apabila masih ada kementerian dan agensi kerajaan yang tidak ada rasa takut diaudit.

Menurutnya, selepas setahun PAC menjalankan prosiding bersama kementerian dan agensi kerajaan yang bermasalah pihaknya berharap isu berbangkit berkurangan tetapi sebaliknya berlaku.

"Kita harap berkurangan (masalah) tetapi tidak. Maknanya PAC perlu kerja lebih keras.

"Selepas kita kerja kuat kita ingatkan budaya takut diaudit makin menyeluruh dalam kementerian. Kita terperanjat dengan laporan (audit) kali ini berbanding siri satu dan dua apabila jumlah kementerian dan jabatan yang perlu dipanggil semakin meningkat," katanya kepada pemberita selepas mendengar pembentangan Laporan Ketua Audit Negara semalam.

Berdasarkan pembentangan yang dibuat oleh Jabatan Audit Negara, PAC telah menyenaraikan 13 buah kementerian dan satu agensi kerajaan untuk dipanggil dalam prosiding akan datang.

"Kita dapati ada perkara-perkara yang perlukan penjelasan daripada kementerian dan agensi ini.

"Walaupun ada kes kecil dan tidak libatkan kos yang besar kita lihat ianya serius sehinggakan rakyat sendiri tidak tahu apakah bentuk program itu," katanya.

Menurut Nur Jazlan pihaknya akan mula memanggil kementerian terlibat bermula Januari 2015 dan dijangka berakhir pada Mac 2015 sebelum sidang Parlimen akan datang.

“Kita akan susun ikut keutamaan yang mana paling serius dan kita harap dapat selesaikan sebelum Mac untuk kita bentangkan laporan prosiding itu pada sesi Parlimen akan datang,” katanya.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3, 475 teguran telah dibuat bagi tujuan penambahbaikan manakala 20 kes ditegur dalam tindakan primitif.

Katanya, satu Jawatankuasa khas ditubuhkan 25 September lalu bagi tujuan tindakan awal sebelum laporan itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Apa-apa isu yang timbul dalam Laporan Ketua Audit Negara, jawatankuasa ini akan terus ambil tindakan sebelum audit dibentang di Parlimen. Ini tunjukkan kerajaan serius selesaikan masalah yang timbul,” katanya.

Di bawah kategori program, antara kementerian yang akan dipanggil ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (program 1Azam), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (pengurusan dan pengendalian acara), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (pengurusan subsidi biji benih padi sah), Kementerian Dalam Negeri (pengurusan kenderaan polis dan saman trafik), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (pengurusan program penanaman kenaf) dan Kementerian Pertahanan (pengurusan bayaran faedah persaraan Angkatan Tentera Malaysia).

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: