Khamis, 27 November 2014

Gara-gara 'nikmat' awang hitam ..

GEORGETOWN - Gara-gara terpedaya dengan kata manis dan janji lelaki warga asing, seorang suri rumah kerugian lebih RM1 juta selepas ditipu lelaki warga
Nigeria yang dikenali melalui laman Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, selepas berkenalan dan menjalinkan hubungan, mangsa
dijanjikan "hadiah berharga" namun menghadapi kesukaran untuk menghantarnya kerana ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Menurutnya, suspek kemudian meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank dengan alasan untuk membayar kepada kastam supaya barangan tersebut
dilepaskan.

"Apabila mangsa mula percaya, lelaki itu kemudian mengarahkannya memberi sejumlah wang melalui akaun bank bagi mengambil barang itu.

"Berdasarkan keterangan, wanita itu membuat tujuh transaksi atas penama berlainan namun tiada sebarang hadiah diterima. Malah kekasihnya juga gagal dihubungi,"
katanya pada sidang media di sini semalam.

Azmi berkata, menyedari diperdayakan lelaki itu, wanita yang berusia 30-an tampil membuat laporan polis kerana sudah memasukkan wang lebih RM1 juta sejak
setahun lalu.

Beliau berkata, polis menerima laporan dari seorang lagi wanita yang mendakwa menjadi mangsa sindiket sama apabila ditipu RM5,700.

"Siasatan polis mendapati modus operandi sindiket warga asing yang dikenali 'parcel scam' itu adalah berkenalan dengan mangsa dalam laman Facebook sebelum
menabur janji manis termasuk membelikan hadiah dari luar negara untuk mangsa.

"Setakat ini, kita menahan empat lelaki warga Nigeria dan masing-masing seorang wanita Indonesia dan wanita tempatan yang dipercayai terlibat pada 20 dan
21 November lalu," katanya.

Azmi berkata,dua suspek warga Nigeria ditahan di Kuala Lumpur pada 20 November lalu manakala dua yang lain bersama dua wanita itu ditahan di Relau di sini.

"Hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita itu menjadi orang tengah dengan memperkenalkan mangsa kepada anggota sindiket dan pemegang akaun bank untuk
menerima wang daripada mangsa.

"Beberapa barangan seperti sebuah kereta, empat komputer riba dan lapan telefon bimbit turut dirampas," katanya.

Kesemua suspek kini direman sehingga 4 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman
penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan


update more ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: