Sabtu, 1 November 2014

Gara-gara Anwar ke penjara, hadiah gembira kepada seluruh rakyat Malaysia dari kerajaan UMNO 'bakal' diumumkan!

NAH. Ini mungkin hadiah terbaik daripada kerajaan UMNO kepada seluruh rakyat Malaysia. Kalau tak terbaik pun, mungkin akan ada lagi siri-siri hadiah super baik dan mega baik akan datang.

Tatkala Anwar menghitung detik untuk dipenjarakan ataupun tidak, kerajaan UMNO terus menerus 'membuli' rakyat dengan siri kenaikan. Mereka ada kuasa, mereka boleh buat apa sahaja mereka suka. Anwar 'ikon' kepada penentangan kezaliman kepada rakyat akan mungkin merengkok dalalm penjara kerana 'buntut' Saiful Bukhari.

Anwar ke penjara, rakyat dapat hadiah istemewa, UMNO bergembira, kocek kroni terus kembung.

Rakyat Malaysia bakal berdepan dengan kenaikan caj tambang bas ekspress sebanyak 30% dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini menunggu kelulusan daripada Putrajaya bagi memuktamadkan kadar perkhidmatan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, keputusan mengenai pelaksanaan caj tambang bas ekspress dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

"SPAD sudah syorkan kepada kerajaan permohonan mereka ( pengusaha bas). InsyaAllah kita tunggu keputusan muktamad secepat mungkin," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Kajian kenaikan caj tambang itu susulan daripada gesaan pengusaha bas di negara yang terbeban dengan kenaikan harga harga minyak selepas Putrajaya memotong subsidi.

Syed Hamid menyifatkan ia merupakan satu cadangan yang munasabah.

"Permohonan daripada pengusaha bas adalah munasabah berasaskan kepasa keperluan yang mendesak terutama selepas penurunan subsidi minyak baru- baru ini," katanya.

Bagaimanapun beliau menjamin SPAD akan mencari kaedah sesuai untuk tidak membebankan pengguna sekiranya berlaku kenaikan.

Putrajaya‎ baru-baru ini mengurangkan subsidi RON95 dan diesel sebanyak 20 sen sebagai sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi.


BAK KATA HASAN MALEK RAKYAT JANGAN MERUNGUT DAN MEMBANTAH TETAPI SOKONG DAN BERSYUKUR.

Biar rakyat susah, janji UMNO memerintah.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: