Rabu, 19 November 2014

Akhirnya Ahmad Maslan mengaku salah kui kui kui



Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini membuat permohonan maaf kepada sidang Dewan Rakyat kerana kenyataan yang dikeluarkannya pada 6 November lalu berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kekurangan enam perkataan.

Ekoran kenyataan yang dikeluarkan beliau ketika itu, Ahli Parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli kemudiannya mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat untuk membawa Ahmad kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana mendakwa beliau mengelirukan Dewan.

“Saya dengan ini memohon maaf kepada Dewan dan menambah enam perkataan itu ‘tidak ada surat jaminan lain semua’,” kata Ahmad ketika membetulkan kenyataan asalnya.

Hansard Parlimen pada 6 November menunjukkan Ahmad hanya menyebut “tidak ada surat apa semua”, apabila menjawab pertanyaan daripada Petaling Jaya Utara (DAP) Tony Pua berhubung sama ada wujudnya surat sokongan daripada kerajaan untuk hutang 1MDB.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya membuat keputusan Ahmad tidak perlu dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan memandangkan ahli Parlimen Pontian itu tidak berniat untuk mengelirukan Dewan.

“Mengambil kira semua ini, tidak payah dibahas dan dirujuk mana-mana kerana beliau tidak berniat sama sekali mengelirukan Dewan.

“Saya harap perkara ini selesai kerana tiada niat mengelirukan Dewan,” kata Pandikar ketika membuat keputusan tersebut.Rafizi dan Ahmad sebelum itu diberi peluang mengemukakan hujah masing-masing berhubung perkara itu di dalam Dewan Rakyat, lapor TMI.

*hahahah setelah hampir dilondeh, akhirnya Menteri yang dapat pointer tingi ni mengaku salah. Harap-harap dia tidak berniat memperbodohkan rakyat .. kui kui kui

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: