Penyebaran video lucah di media sosial yang kononnya ada kaitan dengan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hanyalah
usaha jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.
Sambil menafikan sekeras-kerasnya pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya, Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha
terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah dalam kalangan umat Islam di negara ini.
“Bukan... jangan percaya... itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI, tetapi juga golongan ulama di negara ini.
“Kebelakangan ini ia seperti sudah menjadi satu trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama. Ini sebab, pihak yang berkenaan seperti tidak senang
duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu, hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi
fenomena sekarang,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Zulkifli berkata, pihaknya percaya ada segelintir pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor seperti itu bagi menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah
umat Islam di negara ini.
Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak
terjejas dengan penyebaran video palsu itu.
update more ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
uai.... bo doooooh..... repot le ke polis, biar polis siasat koleksi peribadi tu.... hahahaha.....
Catat Ulasan