Pendapatan purata keluarga di Sabah RM4,000 tidak benar
Bagi bertindak adil, saya mencadangkan kita membuat Jawatankuasa Khas Parlimen dan ia boleh disertai pembangkang.
Ahli Parlimen (MP) Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji dan menentukan purata pendapatan isi rumah sesebuah keluarga di Sabah.
Gesaan oleh Ghapur berikutan desakan oleh MP pembangkang yang mempersoalkan purata pendapatan isi rumah seorang penduduk di negeri tersebut.
“Saya sudah berada di Dewan ini 35 tahun, saya bukan bodoh, mana boleh pendapatan isi rumah boleh bercampur dengan seorang individu kaya berpendapatan RM50,000 ke atas dan menentukan purata pendapatan isi rumah.
“Bagi bertindak adil, saya mencadangkan kita membuat jawatankuasa Khas Parlimen dan ia boleh disertai pembangkang. Cadangan ini bagi melihat sendiri dan sama-sama turun ke setiap rumah bagi mendengar masalah dan mengira purata pendapatan isi rumah rakyat di Sabah,” katanya di Parlimen hari ini.
Tambahnya, MP Kinabatangan Bung Mokhtar juga boleh mempengerusikan jawatankuasa tersebut.
“Saya cadangkan kita pergi rumah ke rumah ambil pengiraan dan dapatkan beberapa pendapatan isi rumah di Sabah. “Tindakan ini bagi memastikan rakyat di Sabah tidak diselubungi keraguan berhubung isu pendapatan tersebut,” jelasnya.
MP Segambut, Lim Lip Eng sebelum itu meminta kepastian sama ada statistik perangkaan Malaysia menunjukkan pendapatan isi rumah sebuah keluarga di Sabah secara purata RM4,000.
“Soalnya adakah benar perangkaan pendapatan tersebut dan jika salah beliau meminta penjelasan kenapa perangkaan itu dikeluarkan,” ujarnya. -FMT
PBO: jawapannya UMNO terus menerus memperbodohkan rakyat sampai rakyat jadi bongok (penyokong UMNO). Cantik dalam kertas dengan angka-angka tetapi realitinya macam sial!
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan