Jumaat, 3 Oktober 2014

Puiii ... rakyat kena kencing lagi pasal minyak!

"Peruntukan untuk pembahagian BR1M sebenarnya sudah ada, cuma kini kita perlu merancang rasionalisasi BR1M yang bertujuan membanci dan menentukan individu yang benar-benar layak untuk menerima bantuan tersebut.

SHAH ALAM - Pengurangan subsidi minyak tiada kena mengena dengan manifesto BN untuk meningkatkan jumlah pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada PRU13 lalu.

Pakar ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, peruntukan untuk BR1M sebenarnya sudah ada dan kerajaan tidak perlu mengurangkan subsidi minyak untuk menampung kenaikan nilai pemberian BR1M.

"Peruntukan untuk pembahagian BR1M sebenarnya sudah ada, cuma kini kita perlu merancang rasionalisasi BR1M yang bertujuan membanci dan menentukan individu yang benar-benar layak untuk menerima bantuan tersebut.

“(Pemberian) BR1M perlu, masih ada orang yang susah. Masih ada yang miskin. Tapi kita perlu kaji semua pemberian BR1M kerana ada individu yang masih menerima bantuan tersebut walaupun mereka tidak layak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.

Menurutnya, maklumat data BR1M yang ada kini perlu dilengkapkan supaya menjadi satu data yang muktamad.

“Ini satu langkah bagi memantapkan lagi sistem ‘data base’ BR1M kita,” tegasnya.

Beliau berkata, sebagai langkah tambahan, kerajaan kini mengambil langkah untuk mengatur pemberian BR1M secara bulanan atau berkala bagi membantu golongan berpendapatan rendah untuk menyara kehidupan.

“Mula-mula BR1M memang diberikan hanya sekali setahun, kemudian timbul cadangan untuk mengagihkan bantuan tersebut secara bulanan. Akan ada jawatankuasa yang akan menilai perkara tersebut dan keputusannya masih dibahaskan di Parlimen,” ujarnya.

more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: