Sebelum kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi itu, pelajar lelaki yang dikenali sebagai Dylause Dionel dikatakan telah meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pergi ke tandas.
Bagaimanapun, selepas mendapati murid berkenaan lambat masuk semula ke kelas, guru kelasnya keluar untuk mencarinya dan mendapati murid itu terjatuh di lantai tingkat bawah bangunan serta mengalami kecederaan.
Dengan bantuan guru-guru lain, mangsa segera dihantar ke Hospital Keningau dan pihak sekolah serta merta memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa Dylause.
Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata pihak Guru Besar sekolah berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.
Katanya pihak polis Keningau juga sudah mengambil keterangan daripada tujuh rakan mangsa untuk membantu siasatan.
"Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Sabah masih menunggu laporan lengkap dari pihak polis dan hospital," katanya dalam kenyataan di sini.
Jame juga mahu pentadbiran sekolah agar sentiasa mengingatkan pelajar mereka untuk sentiasa menjaga dan mengutamakan keselamatan sama ada berada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau, Asisten Komisioner Merbin Lisa ketika dihubungi Bernama berkata pelajar berkenaan masih menerima rawatan di Hospital Keningau dan belum sedarkan diri.
"Kita masih menjalankan siasatan berhubung kes ini dan siasatan akan dilaksanakan dari semua sudut," katanya. - Bernama
more updates ...
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
kenakan tindakan kepada pelajar yang kenakan mangsa tu..biar mereka sedar dan insaf,kerana pebuatan mereka telah pun menyebabkan kematian rakan mereka.
Catat Ulasan