Isnin, 27 Oktober 2014

Pasai apa PAS 'gerun' sangat dengan PASMA?

Pemuda Pas bersetuju supaya pimpinan parti itu segera berunding dengan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) bagi merungkai masalah yang melibatkan kedua-dua pihak.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, usaha untuk bertemu dan berbincang dengan pimpinan Pasma menepati usaha memulihkan imej parti yang tercalar susulan pelbagai kemelut politik yang melanda kebelakangan ini.

“Dalam muktamar tempoh hari pun, ada disebut mengenai pengurusan krisis dan bermula daripada itu, kita ambil langkah proaktif melaksanakannya bagi kebaikan parti. Cadangan pertemuan pimpinan Pas dengan Pasma diharap dapat menyelesaikan salah faham yang melibatkan kedua-dua pihak, ” katanya.

Suhaizan berkata, Pemuda Pas dalam mesyuaratnya sebelum ini telah menyatakan sokongan terhadap cadangan itu yang dikemukakan naib presiden parti, Salahuddin Ayub.

“Kami (Pemuda Pas) sambut baik perkara ini kerana melihat usaha yang dilakukan cukup bertepatan dan selari dengan apa yang disepakati ahli Pas. Usaha ini akan dikendalikan oleh Salahuddin," katanya.

Pasma adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh ahli Pas dan diketuai oleh Yang Dipertua Pas Kuala Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi selaku presidennya untuk mengekalkan hubungan baik ahli-ahli parti itu dengan PKR dan DAP berikutan hubungan dingin pimpinan utama Pas dengan kedua-dua parti itu berhubung isu Menteri Besar Selangor baru-baru ini.


Dalam satu kenyataannya kelmarin, Phahrolrazi dilaporkan berkata, larangan Majlis Syura Ulama (MSU) Pas, badan pembuat keputusan dan pengawal dasar tertinggi parti itu terhadap ahlinya daripada menyertai program dianjurkan Pasma adalah tidak relevan kerana MSU tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian.

"Yang boleh buat keputusan adalah Jawatankuasa Pas Pusat yang memegang kuasa eksekutif berkaitan peraturan parti. Saya difahamkan Jawatankuasa Pas Pusat tidak pernah melarang ahli Pas hadir program Pasma dan kami berpegang kepada kenyataan Setiasaua Agung (Datuk Mustafa Ali) bahawa Pas tidak melarang ahlinya sertai program Pasma," katanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

ERMMMM... NAMA JE PARTI ISLAM... TAPI PERANGAI MEMASING TAK MENCERMINKAN ISLAM SANGAT PUN

Tanpa Nama berkata...

PASAI APA UMNO GERUN SANGAT DENGAN DSAI