Rabu, 8 Oktober 2014

Panas! Gaji semua ahli parlimen akan naik pada tahun 2015!!

Ketika rakyat dibebani dengan 'kebodohan' urus tadbir kerajaan BN dari dulu sampai sekarang, kini Najib nak naikkan gaji ahli parlimen pula.

Segala hutang diletak di bahu rakyat. Memang puiiii...

Gaji 222 ahli parlimen naik 2015

Kesemua 222 Ahli Parlimen di seluruh negara dijangka menikmati kenaikan gaji dan elaun mulai tahun depan.

China Press melaporkan kali terakhir Ahli Parlimen menikmati kenaikan gaji ialah pada 2004 iaitu 11 tahun lalu.

Akhbar tersebut melaporkan, berita mengenai kenaikan gaji wakil rakyat telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sesi perjumpaan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Sesi taklimat itu diadakan sebagai persediaan terhadap bermulanya sidang Dewan Rakyat.

Mengikut kebiasaan, Perdana Menteri selalu mengumumkan kenaikan gaji Ahli Parlimen semasa pembentangan Bajet.

Najib dalam sesi taklimat dengan wakil rakyat BN bagaimanapun tidak menyentuh banyak mengenai Bajet 2015.

Beliau sekadar memberitahu bahawa Bajet 2015 akan memberi perhatian kepada usaha mengurangkan tekanan hidup rakyat.

Najib turut menggalakkan Ahli Parlimen BN melibatkan diri secara aktif dalam perbahasan Dewan Rakyat tetapi mengingatkan mereka jangan terlalu 'garang' ketika berbahas.

Gaji Ahli Parlimen pada masa ini telah diguna pakai sejak 1 Januari 2004. Gaji bulanan mereka ialah RM6,500 tetapi mencecah kira-kira RM13,000 jika ditambah dengan elaun.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kerja tak sebp,melalak sana sini gaji naik... org keje mcm nak mampus buat part time lg dpt nya seciput...

Tanpa Nama berkata...

Bagi gaji dia orang sebulan kat kita dan gaji kita sebulan kat depa tengok ok ke ko.....ada berani