Kenyataan tersebut diluahkan oleh bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin dalam tulisannya bertajuk ‘Isu Kepemimpinan : Memperkatakan Khairy Jamaluddin’ di dalam blognya ‘The Scribe A Kadir Jasin’ baru-baru ini.
Jelas Kadir, perkara tersebut akan berlaku sekiranya Najib bertindak menyerahkan tampuk kepimpinannya kepada sepupu beliau, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.
"Kalau dengan takdir Mohd Najib terpaksa berundur sebelum pilihan raya umum (PRU) akan datang, pasangan (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin dan (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi adalah alternatif yang logic.
"Tetapi kalau Muhyiddin terus penat dan menderita sindrom timbalan perdana menteri maka jawatan PM mungkin jatuh ke tangan Hishammudin Hussein dan dalam situasi itu, Khairy berpotensi naik menjadi TPM," tulis Kadir di dalam blognya dipetik Malaysia Insider.
Menurut Kadir lagi, dalam kepimpinan muda di dalam UMNO hanya Khairy dilihat lebih layak memegang jawatan berkenaan memadangkan beliau seorang pemimpin yang sering dilihat bersama rakyat.
"Dalam dunia yang dipacu oleh media sosial, ramai orang tahu bahawa Khairy menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan pada saat ramai pembesar Umno, termasuk menteri sendiri curi-curi hantar anak-anak mereka ke sekolah elit swasta. Beliau sendiri masuk menjadi anggota Tentera Wataniah.
"Dalam politik tidak ada yang mustahil. Yang tidak masuk akal pun boleh berlaku. Jadi, suka atau tidak kita terpaksa meletakkan Khairy di tempat yang penting dalam senario politik dan kepemimpinan negara untuk dekad ini," tulisnya lagi.
Ujarnya lagi, semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 berikutan dikritik hebat ketika Pilihan Raya ke-12 (PRU12), Najib dilihat sebagai seorang wira apabila mempertahankan kedudukan Khairy di dalam UMNO walaupun dia turut menerima nasib yang sama seperti mana bapa mertuanya.
"Hari ini, kedudukan beliau dalam politik Umno boleh disifatkan sebagai unshakable - sukar digoyang. Sebagai Ketua Pemuda serta menteri belia dan sukan, beliau mempunyai kedudukan yang cukup kuat dalam hierarki Umno.
"Untuk itu, beliau wajar berterima kasih kepada Mohd Najib kerana melantik beliau menyandang jawatan menteri belia dan sukan. Saya adalah antara orang yang mahu Khairy diberikan jawatan menteri apabila beliau menang Ketua Pemuda," tambahnya lagi.
Kadir berkata, tidak semua Perdana Menteri akan menyerahkan kuasa kepada seorang Ketua Pemuda di dalam cabinet sekiranya beliau tidak yakin dengan individu berkenaan.
Justeru itu, pemilihan Khairy sebagai seorang Menteri Belia dan Sukan membuktikan Najib sangat mempercayai Khairy bagi menjawat jawatan tersebut walaupun dia merupakan seorang pemimpin yang baharu di dalam UMNO.
"Sebab itu pada masa lampau, presiden Umno dan perdana menteri amat berhati-hati memberi jawatan dan peranan kepada Ketua Pemuda. Tidak semua Ketua Pemuda diberikan jawatan, apatah lagi jawatan menteri belia.
"Jadi kita tidak perlu hairan atau marah kepada Khairy kalau beliau nampak begitu yakin dan berani.
"Pertamanya, perwakilan Pemuda telah memberi undi mutlak kepada beliau dua kali berturut-turut. Keduanya, presiden Umno merangkap perdana menteri melantik beliau menjadi menteri belia," katanya lagi.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan