Rabu, 15 Oktober 2014

Ketua Eksekutif MTEM hentam cara Najib

SHAH ALAM - Kerajaan sepatutnya menyelesaikan dua isu utama yang melibatkan penguatkuasaan dan tangga gaji sebelum bertindak mengurangkan subsidi minyak.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Malaysia (MTEM), Mohd Nizam Mashar berkata, pengumuman yang dilakukan secara mengejut itu jelas memberi kesan kepada ekonomi rakyat.

“Banyak perkara tak selesai lagi jadi apabila subsidi dikurangkan itu, ia banyak memberi kesan kepada rakyat terutama apabila ia dibuat secara mengejut.

“Isu yang perlu diselesaikan sebelum kurangkan subsidi ialah penguatkuasaan yang lebih baik. Penguatkuasaan ini maksudnya bukan saja dalam kita memastikan harga barang tak naik tapi subsidi itu diberikan kepada kumpulan yang sepatutnya terima,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, wujud ketidakseimbangan antara subsidi dengan cukai ke atas syarikat-syarikat asing yang menjalankan operasi di negara ini.

“Kita banyak juga contoh syarikat-syarikat dan kilang-kilang asing yang menikmati banyak subsidi-subsidi kita dalam bentuk petrol, gas dan sebagainya.

“Kita masih lagi memberikan kumpulan-kumpulan ini pelbagai bentuk (pengecualian) cukai-cukai yang lain. Contohnya, cukai percutian, cukai diskaun dan sebagainya.

“Ia jadi tak seimbang. Yang dapat untung besar tidak dikenakan cukai dan menikmati subsidi,” katanya.

Tambah beliau, sekiranya penstrukturan cukai dan subsidi ini diseimbangkan, pendapatan negara akan kembali seimbang.

“Subsidi ini perlu diberikan kepada yang memerlukan dan penstrukturan cukai itu perlu seiring juga dikenakan kepada kelompok-kelompok yang berpendapatan tinggi.

“Apabila dua perkara ini diseimbangkan, maka hasil dapatan negara itu akan jadi seimbang balik. Saya rasa keseimbangan itu perlu diperkemaskan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan soal tangga gaji di negara ini yang masih terlalu rendah dan tidak terkawal.

“Terakhir sekali sebelum subsidi itu dikurangkan, antara mekanisme lain yang sangat-sangat perlu ditangani adalah persoalan gaji...pendapatan rakyat.

“Masalahnya sekarang ini kenaikan pendapatan rakyat Malaysia ini antara yang terendah sekali. Produktiviti kerja dengan tangga gaji adalah rendah. Tidak ada kawalan ke atas gaji,” katanya.

Menurutnya, kadar kenaikan tahunan gaji juga sangat teruk. Wujud juga diskriminasi dalam konteks tangga gaji ini terutama dalam sektor swasta berdasarkan bangsa, jantina dan orang kelainan upaya. Semua ini kita tak tangani lagi.

“Sepatutnya semua ini selari, tapi di Malaysia tidak begitu. Jadi, untuk soal rasionalisasi ini, penstrukturan cukai perlu dibuat dalam tempoh tertentu. Tetapi pada waktu yang sama, mekanisme-mekanisme lain itu perlu didahulukan untuk memastikan rakyat tidak terperangkap dan tertekan dengan cukai dan subsidi ini," katanya.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: