Ahad, 12 Oktober 2014

Kalau Kelantan nak lebuhraya mesti buat macam ni

oleh : pen buruk online ™

Kalau Kelantan nak lebuhraya tajaan kerajaan persekutuan pimpinan UMNO. Kelantan harus serahkan tampuk politik pada UMNO.

Kalau tak percaya, PRU 14 nanti serahkan mandat kepada UMNO. Nescaya terus dihantar jentolak dan lori untuk membuat lebuhraya. Itulah UMNO yang penuh diskriminasi. Politik balas dendam memang UMNO **tang cukup pro.

Teringat sirah Rasulullah ketika kaumnya 'offer' wang dan harta, jawatan dan perempuan untuk menghentikan dakwah Islam. Nabi jawab andai beri matahari dan bulan sekalipun baginda tidak akan berhenti menegakkan Islam.

Jadi apakah rakyat Kelantan kebulur sangat lebuhraya sampai sanggup menyerahkan kuasa politik berlandaskan Islam kepada UMNO? Kalau ya lapar lebuhraya silakan.

Tentang lebuhraya, bila Allah izin tiada tangan yang dapat menghalang dan ketika Allah tidak memberi redhanya, tiada tangan yang dapat menghulur hatta kerajaan UMNO.

Tapi bagus juga UMNO terus menerus mengamalkan politik kuno sebegini. Lagi zalim lagi bagus. Kalau yang totok biru dah pergi menghadap Allah, akan tinggal yang dah semakin cerdik dalam berpolitik. Tunggu masa dan ketika, UMNO pasti mampus.

SETIAP tahun rakyat Kelantan termanggu di depan televisyen melihat Menteri Kewangan membentangkan belanjawan.

Pengharapan yang cukup tinggi untuk melihat sesuatu mengalir ke bumi Kelantan.

Tahun ini sekali lagi bajet yang kononnya untuk rakyat mengecewakan rakyat Kelantan.

Di saat rakyat Sabah mendapat manfaatnya bila PM mengumumkan pembinaan Lebuhraya Borneo sejauh 1,000 kilometer lebih.

Rakyat Kelantan masih bergelut dengan lebuh raya maut.

Lebih memeritkan, disaat hasil bumi Kelantan yang disedut secara rakus oleh Petronas seolah kami ini umpama tidak mempunyai apa-apa hak yang sewajarnya.

Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga menteri penuh dalam Kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak seakan mengiyakan dan membiarkan Kelantan diperlakukan sedemikian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan melihat situasi ini dengan cukup serius.

Adakah hanya kerana perbezaan politik yang berlainan, Kerajaan Pusat menafikan hak rakyat Kelantan?


Apakah rakyat Kelantan tidak mempunyai maruah sehingga begitu teganya Kerajaan Pusat mempermainkannya.

Selain lebuh raya, rakyat Kelantan juga melihat isu Royalti dan menaiktaraf Lapangan Sultan Ismail sepatutnya diberikan keutamaan dan hak yang sepatutnya.

Namun seperti tahun-tahun sebelumnya ia hanya mimpi.

SAMM Kelantan berjanji, akan bersama-sama rakyat Kelantan mengembeleng tenaga untuk menuntut hak ini.

Hak yang dinafikan oleh BN.


HJ OSAMA
Penyelaras SAMM Kelantan

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

UMNO nk org fikir kelate mundur di bawah PAS

Tanpa Nama berkata...

mu klate bodos