Beliau berkata rasionalisasi subsidi petrol mungkin tidak akan dibuat sehingga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan sistem pengkhususan pemberian subsidi petrol kepada golongan sasaran pada Jun 2015.
"Perincian bagi sistem ini masih lagi di peringkat kajian. Setakat ini, apa yang diberitahu kepada saya ialah sistem yang bakal dilaksanakan ini akan dimuatkan dalam MyKad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014, di ibunegara hari ini.
Ahmad berkata sistem tersebut akan turut dilaksanakan ke atas pengguna diesel pada Januari depan, seperti pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha KPDNKK baru-baru ini.
"Bagi subsidi diesel, saya difahamkan setakat ini sistem tersebut bakal dimuatkan dalam kad 'fleet' para pengguna," katanya, sambil menambah bahawa cadangan ini mungkin akan berubah disebabkan jangka masa yang masih panjang.
Ahmad berkata KPDNKK telah membuka Permohonan Cadangan (RFP) untuk pelaksanaan sistem subsidi petrol, yang menilai dari segi pendapatan individu dan hak milik kenderaan tersebut.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kewangan telah membuat permohonan bertulis kepada KPDNKK untuk menukar terma 'caj perkhidmatan' yang dikenakan oleh sesetengah restoran dan hotel, kepada 'caj restoran' atau "caj hotel'.
Beliau berkata langkah ini wajar dalam memastikan rakyat tidak terkeliru dengan terma tersebut dan menyangka bahawa kadar 10 peratus yang dikenakan ke atas bayaran tersebut diambil oleh kerajaan.
"Caj perkhidmatan diambil oleh restoran dan hotel. Ia bukan cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan," katanya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan