Khamis, 9 Oktober 2014

Jom terjah angka ribu-ribu ahli parlimen akan dapat

Rakyat berhak marah dan sakit hati dengan berita ini. Manakan tidak, ditengah-tengah rakyat dihimpit dengan kenaikan kos sara hidup, ditengah-tengah rakyat digula dengan BR1M, wakil-wakil rakyat yang dikenali sebagai ahli parlimen sedap je nak naik gaji lagi.

"PERUBAHAN" GAJI DAN ELAUN MESYUARAT AHLI PARLIMEN ... BAKAL MENIKMATI RM16,000 SEBULAN DAN RM500 SEHARI.






Bak kata Shahidan Kassim Menteri Jaga Parlimen, ini bukannya kenaikan gaji dan elaun tetapi merupakan perubahan gaji .. Yang naik itu kakitangan awam peringkat bawahan dapat ciput kira naik mendadak.

Gaji dan elaun mesyuarat ahli Parlimen dijangka dinaikkan lebih sekali ganda iaitu sekurang-kurangnya RM16,000 dan RM500 sehari masing-masing.

Ia dijangka dibentangkan hari ini, seminggu selepas kenaikan gaji di beberapa negeri diumum dan mencetuskan kekecohan di kalangan ahli politik.

Berdasarkan kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan), Ahli Parlimen kini memperolehi gaji pokok RM6, 508.59 dan elaun mesyuarat RM200 setiap hari. Terdapat juga beberapa elaun lain yang menjadikan jumlahnya kira-kira RM5, 000 sebulan.

Seorang Ahli Parlimen, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya berkata, Jawatankuasa Dewan Rakyat bermesyuarat minggu ini untuk membuat keputusan ke atas gaji dan elaun baru, berikutan kenaikan gaji bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.

"Gaji seorang mungkin sehingga RM16, 000 iaitu setaraf dengan Jusa A atau gaji setiausaha bahagian. Dengan kenaikan elaun itu, ia boleh menjadikan gaji kami sehingga RM35,000 sebulan, " kata ahli Parlimen veteran itu kepada The Malaysian Insider.

Sumber lain berkata, Jawatankuasa Dewan, yang diketuai oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mencapai persetujuan mengenai gaji dan elaun baru itu.

Terdapat enam anggota lain dalam jawatankuasa itu, termasuk dua ahli Parlimen pembangkang.

Gaji ahli Parlimen dan wakil kerajaan yang dipilih sekarang dikawal oleh Akta Ahli Parlimen (Saraan).

Ini termasuk gaji Perdana Menteri (RM22,826.65 ), Timbalan Perdana Menteri (RM18, 168.15), Menteri Kabinet (RM14, 907.20 ),Ahli Dewan Negara (RM4, 112.79 ), Ahli Parlimen (RM6, 508.59 ) dan Ketua Pembangkang (tambahan RM3, 846.59 ).

Ahli Parlimen juga dibenarkan membuat tuntutan di bawah Akta Kertas Statut 235, termasuk Hiburan (RM1, 500), Pemandu (RM1, 200), perjalanan (RM1, 500), telefon (RM900 ) dan elaun harian RM200 sehari selain daripada mesyuarat oleh agensi kerajaan yang ditetapkan pada RM150 sehari. TMI

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: