Rabu, 8 Oktober 2014

India - Pakistan kembali berdarah

India- Satu pertempuran dasyat telah berlaku di antara benteng India dan Pakistan. Kejadian berdarah tersebut telah menyebabkan 9 orang maut manakala puluhan ribu orang terpaksa melarikan diri dan meninggalkan kediaman masing-masing semalam.

Ekoran daripada kejadian semalam, pihak polis India telah mengesahkan seramai 5 orang penduduk India termasuk seorang kanak-kanak maut dn 35 orang tercedera manakala pihak polis Pakistan mengesahkan 4 orang rakyatnya terbunuh .

Sejak gencatan senjata bermula pada tahun 2003, kejadian semalam disifatkan yang paling buruk yang pernah berlaku diantara dua buah negara. Sehingga kini, kedua-dua negara masih lagi tidak mahu menerima baik buruk jirannya.

Menurut salah satu akhbar harian antarabangsa, kedua-dua pihak masing-masing menyalahkan satu sama lain di atas peperangan yang tercetus. Serangan balas membalas berlaku di beberapa kawasan di pintu sempadan.

Tentera India walaubagaimanapun telah memindahkan puluhan ribu penduduk sekitar ke kubu bawah tanah dan beberapa pusat perlindungan kerajaan. Mereka akan diberikan perlindungan sebaik mungkin kerana mereka adalah asset negara India.-Agensi

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: