Khamis, 2 Oktober 2014

Fitnah Faekah?

Faekah ni saja kot buat cerita. Azmin yang dilihat seperti 'dewa' mana berani buat macam ni. Ni saja je kot nak buat gimik.

Azmin Ali kan harapan Anwar Ibrahim. Azmin Ali kan lebih hebat dari Khalid Ibrahim kini , dulu dan selamanya. Banyak kali aku tulis 'sengketa' antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim. Orang-orang politik sibuk bergaduh, BN terus naik harga petrol. puiiiii....

Azmin beku peruntukan kawasan Parlimen dan DUN Khalid, kata Faekah


Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar, Faekah Husin mendakwa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengeluarkan arahan kepada Bendahari Selangor supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Oktober, 2014.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali didakwa membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Faekah Husin.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) itu mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit.

"Saya percaya ia dibuat atas arahan Azmin," katanya dalam kenyataan hari ini.

Penyelaras DUN Pelabuhan Klang itu berkata, ternyata segala jasa Khalid selama lebih 6 tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Azmin.

"Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri.

"Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Khalid yang menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik dan peribadi," katanya.

Faekah mendesak Azmin memberi penjelasan munasabah arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum Khalid.

"Saya percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang lama berputik dan semakin merebak semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’," katanya.

Faekah juga mendakwa tindakan itu seolah-olah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri yang baru mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baru demi rakyat.

"Nampaknya menteri besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Khalid tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak.

"Tindakan keras sebegini tidak pula dilakukan kepada Umno tetapi kepada rakan sekutu yang sama berjuang untuk rakyat dan amat menyedihkan tindakan ini dilakukan terhadap bekas menteri besar yang selama ini bertungkus-lumus memperkasa program kebajikan rakyat di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)," katanya. – 1 Oktober, 2014.

Penjelasan PKR


PETALING JAYA : Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bandar Tun Razak, Azmin Abidin menafikan bahawa kerajaan negeri telah membekukan bantuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) kepada Parlimen Bandar Tun Razak dan Pelabuhan Klang atas arahan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Katanya, memandangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini merupakan Ahli Parlimen Bebas dan bukan dari Pakatan Rakyat, beliau tidak layak untuk memegang peruntukan SMUE.

“Peruntukan ini akan disalurkan melalui DUN Angkat yang akan dilantik oleh kerajaan negeri.

“DUN Angkat ini akan memegang peruntukan bagi parlimen Bandar Tun Razak dan bagi DUN Pelabuhan Klang. Peruntukan skim ini akan diserahkan kepada penyelaras DUN yang akan dilantik oleh Menteri Besar sedikit masa lagi,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Semalam, Pegawai Khas kepada ADUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin menyatakan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memulakan karier dengan langkah sumbang apabila beliau membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE). ~free malaysia today

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

kenapa perlu ada pihak ketiga dalam peruntukan ini kan untuk berlaku adil biarlah khalid menguruskannya. jangan jadi macam umno

Tanpa Nama berkata...

Kan ini peraturan yg mantan MB TSKI telah laksanakan maka mereka yg buat kerja membatalkannya atas peraturan juga kerana psraturan TSKI itu masih diguna pakai dan ia tidak dimansuhkan namun begitu rakyat disitu tetap mendapatnya cuma tidak melalui akaun pegangan khalid kerana dia bukan parti kerajaan mengikut peraturan, TSKI tak komen sebab dia sedia maklum cuma Faekah saja nk mengeruhkan suasana.
Yang Faekah tutup pejabat penasihat ekonomi selangor serta merta tu kenapa? Ini kerana pejabat itu diadakan semasa TSKI menjadi MB dan apabila TSKI tidak lagi menjadi MB Faekah tutup , betul lah tu tak salah, tapi tak ada pun MB Azmin komplen bahkan dikekalkan DSAI teruskan tugasan itu. Untuk memaacu ekonomi yg mampan beliau perlu orang yg berkebolihan spt DSAI ini bukan remote control...ok