Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam perjalanan untuk mempertahankan nikmat kestabilan dan kemakmuran tersebut, Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan raja-raja akan kekal menjadi jati diri bangsa Malaysia.
Tegasnya, kerajaan juga sesekali tidak akan memberi muka kepada pihak yang cuba melakukan onar kerana sebarang pengkhianatan, mahu pun pencerobohan daripada sesiapa pun ke atas kedaulatan ini akan ditentang dengan tegas serta tuntas.
“Demikianlah kita mengambil iktibar daripada semangat pengorbanan silam, untuk kita garap dalam perjuangan kita memakmurkan negara yang tercinta ini dengan berteraskan keadilan dan keharmonian melalui konsep wasatiyyah.
“Berdasarkan wasatiyyah, kita akan terus beriltizam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif, maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 nanti," katanya dalam perutusan Aidiadha yang akan disambut esok. - UTUSAN ONLINE
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan