Khamis, 2 Oktober 2014

Bayi ini mati akibat cuai di pusat asuhan

PUTRAJAYA - Seorang bayi berusia tiga bulan dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat asuhan di Presint 11 selepas ibunya, Nafisah Ahmad datang untuk menjemput anak keduanya itu.

Namun, tubuh mangsa, Nur Imna Khalisa dikatakan telah menjadi biru dan sejuk serta dikerumuni semut ketika ditemui pada kira-kira jam 5.45 petang itu.

Bapa mangsa, Muhamad Zamri Anuar yang menanti di dalam kereta bersama anak sulung mereka bergegas menuju ke pusat asuhan tersebut sebaik dimaklumkan isterinya keadaan anak mereka itu.

“Bibir dan muka anak saya biru...pucat. badannya sejuk dan saya nampak banyak semut di sekeliling badan.

“Saya tanya pengasuh mengenai apa yang berlaku tapi tiada jawapan. Mereka pun terkejut dengan kejadian itu,” katanya lapor portal, hari ini.

Zamri kemudiannya segera merujuk mana ke unit Kecemasan Hospital Putrajaya namun bayi tersebut disahkan telah meninggal dunia.

Mangsa dikatakan berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke pusat asuhan berkenaan

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: