Isnin, 20 Oktober 2014

Ahli Parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur keluar UMNO?

Dah lebih 50 tahun UMNO memerintah. Sabah tetap macam itu juga. Ahli Parlimen Kalabakan nampak garang semasa sesi parlimen tapi tetap dengan UMNO walaupun terang-terang UMNO mengkhianati rakyat Sabah.

TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau telah keluar daripada Umno.

Ketua Umno Bahagian Kalabakan itu berkata, khabar angin itu adalah tidak benar dan percaya ia disebarkan oleh individu yang mahu mengambil kesempatan terhadap kelantangan beliau bersuara di Dewan Rakyat.

"Saya memang agak lantang ketika menyuarakan hak-hak rakyat Sabah di Dewan Rakyat kerana itu adalah tanggungjawab saya selaku wakil rakyat. Saya mahu setiap permasalahan rakyat terutama yang tinggal di kawasan Parlimen Kalabakan, diberikan perhatian yang sewajarnya.

"Bagaimanapun, apabila saya bersuara tentang permasalahan atau isu masyarakat, itu bukanlah bermaksud yang saya mahu keluar daripada parti ... saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.




Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat tidak mempercayai khabar angin berkenaan dan menyifatkan ia disebarkan oleh pihak tertentu yang memiliki kepentingan tersendiri.

Sementara itu, Abdul Ghapur berterima kasih kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana mengambil perhatian terhadap isu kawalan di perairan Tawau yang dikemukakannya di Dewan Rakyat baru-baru ini.

"Untuk membanteras isu penyeludupan dengan berkesan, saya berharap semua agensi yang terlibat termasuklah APMM, Kastam, dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dapat bekerjasama, manakala masyarakat pula perlu membantu dengan menyalurkan maklumat yang berkaitan kepada pihak berkuasa," katanya.

Untuk memastikan APMM dapat menjalankan tugas dengan lebih mantap dan berkesan, Abdul Ghapur berharap kerajaan dapat membekalkan lebih banyak lagi aset kepada agensi itu yang bertugas mengawal sempadan perairan negara, terutamanya di perairan pantai timur Sabah.

"Kita berharap kerajaan akan mempertimbangkan perkara ini. Jika boleh, kita juga berharap bidang kuasa Maritim turut diperluaskan kerana saya difahamkan bahawa ketika ini mereka tidak memiliki kuasa untuk membuat tangkapan selain di kawasan laut," katanya. - BERNAMA

Duduklah kamu di kerusi itu berpayungkan UMNO. Nanti jangan marah-marah lagi kalau masih ada rakyat negeri itu yang berak dalam lubang seperti yang kamu katakan ..

pendedahan tersebut klik sini

* terima kasih kepada semua, blog aku dah cecah 20 juta klik pada 20.10.2014, 7.48 malam :)


more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: