Sabtu, 13 September 2014

UPSR bocor - perang kem dalam UMNO sudah bermula?

KUALA LUMPUR: PAS kesal dengan permainan politik di dalam Umno berhubung sabotaj membocorkan solan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga pelajar menjadi magsa.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar memberitahu kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak menolak ada unsur sabotaj terhadap beliau membuktikan adalah sesuatu yang serius.

"Kita bersimpati dengan Muhyiddin dengan permainan yang berlaku di dalam Umno, cuba menjatuhkan beliau melalui sabotaj soalan peperiksaan.

"Namun kita kesal krisis politik dalaman Umno ini menyebabkan pelajar menjadi mangsa," katanya kepada Harakahdaily.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga turut merasakan kebocoran soalan peperiksaan ini mempunyai kaitan dengan kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak.

"Saya percaya ia ada kaitan, kita melihat bagaimana Mahathir kritik Najib dan selepas itu beliau menarik balik kritikan.

"Tetapi Mahathir sekali lagi kritik Najib berhubung dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menyebabkan mereka yang menyokong Najib mula sabotaj Muhyiddin dengan membocorkan soalan peperiksaan.

"Ia diperkatakan sendiri oleh Muhyiddin yang menyatakan tidak ada keperluan untuk membocorkan soalan tersebut selain mensabotaj dirinya dan juga kementerian," sambung beliau lagi.

Tambah beliau, jika dakwaan Muhyiddin dibuktikan benar berlaku ia menunjukkan krisis di dalam Umno antara Muhyiddin dan Najib berada pada tahap kritikal.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

PAS akan menyelamatkan UMNO dengan kemasukan PAS ke dalam BN tidak lama lagi

Tanpa Nama berkata...

jaga satu kementerian pun bole bocor