Memang benar, PAS dan Abdul Hadi tidak boleh dipersalahkan 100% dalam isu Selangor. Isu TSKI bermula dari PKR sendiri. Lebih tepat mengikut Cikgu Bard, Azmin Ali punca kekecohan. Cerita panas Azmin Ali pernah aku tulis selepas PRU 13 yang lalu.
baca sini
Tapi itu bukan tiket utama untuk orang terus respek Abdul Hadi sampai kiamat.
PAS yang diterajui Abdul Hadi dalam kerangka pakatan rakyat. Sekarang ada tiga parti. Dua dah setuju nama Wan Azizah. PAS tidak setuju pada kiraan kasar. Jadi Kalau dalam mahkamah, ada tiga juri, jadi dua setuju dan satu tidak setuju.
Tanya budak UPSR yang peperiksaan mereka ditangguh, mana lebih banyak, dua atau satu?
Bodoh la kalau mereka jawab satu lagi banyak dari dua. Tanya Abdul Hadi, dua atau satu .. mana lebih banyak?
Sekarang PAS tidak patut cakap masalah itu masalah PKR. PAS dalam pakatan, sakit sama-sama tanggung. Suka sama-sama senyum. Tang mana lagi orang nak respek Abdul Hadi?
Kalau PAS nak jawatan Menteri Besar, aku rasa kalau bincang elok-elok dalam pakatan, PKR dan DAP tak sombong kot. Kalau sama-sama sombong, sah memang jahanam. Kalau lantik MB dari PAS mungkin selesai masalah yang ada sekarang.
Isu yang mungkin orang akan bangkit .. 'Terengganu dan Kedah lingkup, Selangor pun nak lingkup kalau PAS teraju?'
Tapi 'kekalahan' dua negeri bukan ukuran muktamad. Buat formula yang dicadangkan MSO. Wujud jawatan Timbalan Menteri Besar dari PKR dan DAP. Aku modify sikit, MB dari PAS, Timbalan MB I PKR, Timbalan MB II dari DAP.
Tak nak? Semua nak jadi Menteri Besar? Hahahahaha.
Berbalik kepada isu Abdul Hadi masih mahukan TS Kahlid sebagai MB. Abdul Hadi masih bermimpi atau bagaimana? Ramai lagikah yang respek pada Abdul Hadi kalau baca artikel bawah;
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad sebagaimana yang dikatakan Hadi dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam.
Hasil pertemuan tersebut menyaksikan Hadi berkata hanya dengan mengekalkan Khalid, kemelut isu MB Selangor akan selesai.
"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, yang turut berada dalam pertemuan semalam itu.
Pertemuan tersebut juga turut disertai bersama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat.
Bagi Nik Nazmi, perkembangan tersebut agak merisaukan ketika PKR sendiri sudah memutuskan untuk memilih presiden partinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.
"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor.
"Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang diterima Sultan Selangor. Apatah lagi Khalid kini hanyalah Adun Bebas, tidak berparti," kata beliau.
Krisis MB Selangor bermula sejak PKR memperkenalkan "Langkah Kajang" yang bertujuan menjadikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.
Bagaimanapun, Khalid berdegil sehingga menyebabkan kepada pemecatannya.
Pakatan juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu MB Selangor, PAS secara terbuka menolak Dr Wan Azizah sebagai calon MB.
Hadi juga sebelum ini mempertikai kelayakan dan kebolehan Dr Wan Azizah sebagai calon MB.
Istana Selangor sehingga kini masih belum memuktamadkan untuk melantik siapa yang layak sebagai pengganti Khalid.
Nik Nazmi bagaimanapun menggesa supaya kekusutan dalam krisis MB Selangor diselesaikan dalam kerangka bersama Pakatan. – 13 September, 2014
.
Sekarang tolong jawab, ramai lagikah yang respek pada Abdul Hadi?
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
12 respon:
bila PAS nak keluar PR?
Yaser Arafat dlm Pas itu lah Tn Presiden TGHH.
Letak jawatan aja la TGHH
Bagi kat org muda pulak la...kalau rasa diri tu dah tak bertenaga.
Buat malu pada penyokong ja..sbb nak berpeluk dgn UMNO setwlah sekian lama berjuang.
Hadi pelacur agama
Fread
Kalau dulu ketika DSAI dituduh.. walau mahkamah telahpun menjatuhkan hukuman... PAS tetap berjuang bersama2 DSAI dan PKR utk membela beliau dgn habis2an.
Kini keadaan yg sama apabila TKSI dituduh dgn pelbagai tuduhan.. dgn tiada bukti yg jelas dan kukuh.. SALAHKAH TGHH selaku Presiden parti yg berpaksikan Quran dan Hadis membela TKSI selagi tidak nyata kesalahannya.
Sedangkan umum tahu tiada masalah pentadbiran yg ketara dan Selangor semakin mengorak maju.
Dlm keadaan ini... TGHH tidak mahu PAS hanya pentingkan Politik dari mendukung KEADILAN yg sebenarnya..
TGHH mungkin juga tidak mahu PAS tergolong dlm kelompok PENZALIM atau bersubahat sekiranya tuduhan2 terhadap TKSI didapati palsu.
Sebab itulah.. mungkin TGHH amat berhati2 dlm membuat keputusan dan bunyi mcm U-Turn demi tidak termasuk golongan Penzalim (dikhuatiri).
Berkenaan Tahaluf Siyasi dgn PKR dan DAP .. Bunyi mcm teruk kerana tindakan TGHH dan MSU bercanggah dgn perjanjian dan adakalanya mcm U-Turn...
TAPI INGAT.....
Perlukah PAS turuti perjanjian kalau pihak berkenaan berlaku Zalim ke atas seseorang dan mengheret PAS bersama ke arah perlakuan tersebut??
Jadi di sini.. U-Turn adalah lebih baik dr bersekongkol dgn Penzalim (dikhuatiri).
Satu lagi.. kenapa mesti tetap 1 nama .. ?sedangkan Sultan seolah tidak berkenan dgn DSWA..
Dan saya kira masih ramai ADUN PKR yg layak utk menggantikan TKSI.. lebih2 lagi anak Jati Selangor, ada yg bertaraf Dr dlln.
Agak musyikil...???
Sepatutnya Hj.Hadi lah yang bolih menyelesaikan isu ini sebab beliau memahami islam dari yang lain.Tetapi Hj.Hadi lah yang menjadikan isu ini menjadi makin kalut.Kita tudak mahu tuduh ,tetapi mungkin ulamak sendiri yang menjemput ratusan orang untuk menghina mereka sebab kebanyakan kenyataan menunjukan minda yang cetek.Ada ilmu islam tapi tak praktik pada yang bukan islam.malahan menghina lagi.bagaiman yang bukan islam mahu mnerima islam kalau ustaz begini tidak menunjuk contoh islam.
Tu dah gila babi nama nya
Makin ketara bodoh dari hari ke hari. Jadi MB Terengganu pun satu penggal. Tu rakyat ganu nak test. Rupa nya memang sah bengong. Cakap macam pandai tapi otak penuh taik.
PAS tak salah. Presiden jer yang bengong. Tak payah hurai panjang lebar. Rakyat semua cerdik2
Bubar jer DUN Selangor. Letak Hadi jadi calon dan bagi dia pilih nak tanding d mana.. Aku ingin tengok brapa undi dia dapat.
PAS PATUT GANTIKAN PRESIDEN YANG SAKIT OTAK NI.. KESIAN PAS TERPAKSA TANGGUNG BEBAN ...
Dah makan pil kuda, jadi bengong.
Tak perlulah kutuk yg xbaik kat tghh....orang berpengalaman amat berhati2 dlm tindakan. Biarlah ape org kate...aku nak bersama ulamak...xnak dgn org2 munafik...talzamu jamaati waimamuhum
Catat Ulasan