Ahad, 14 September 2014

Minta Anwar, Hadi dan Kit Siang jawab benda ni ..!

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tiada alternatif yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) yang rakyat perlu bergantung harap untuk membawa Malaysia muncul negara maju dan pada masa yang sama kekal aman sentosa.

Menurut Perdana Menteri, rakyat boleh menilai sendiri bagaimana ikatan antara pakatan pembangkang kini hampir terlerai ekoran kemelut politik di Selangor walaupun hanya membabitkan tiga parti, berbeza dengan BN yang kekal stabil walaupun keanggotaan parti komponen sebanyak 13 buah.

“Mereka cuba meniru perkongsian kuasa BN untuk mewujudkan alternatif kepada rakyat tetapi tiada alternatif lebih baik berbanding BN. Barang tiruan tak mungkin lebih baik daripada barang tulen, jadi berhati-hatilah," katanya.- UTUSAN ONLINE

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: