Isnin, 25 Ogos 2014

Tembelang Anifah Aman terbongkar ..!!

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Seri Anifah Aman tidak puas hati dan kecewa dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana tidak menawarkannya jawatan menteri. –

Datuk Seri Anifah Aman pernah membuat panggilan telefon kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan hasratnya menyertai pakatan pembangkang selepas menteri luar itu mendengar banyak ahli politik Barisan Nasional (BN) dari Sabah merancang untuk melakukan demikian, kata Anwar di Mahkamah Tinggi hari ini.

Ketua pembangkang itu berkata ramai yang tidak berpuas hati dengan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan dari situlah bermulanya rancangan 16 September.

Anwar menyatakan perkara itu ketika memberi keterangan dalam kes saman fitnah terhadap menteri luar, selain mendedahkan ramai ahli politik BN yang datang minta kedudukan mereka diselamatkan.



Katanya, Anifah menghubunginya dari Hong Kong apabila mendengar ramai ahli politik Sabah mahu menyertai pembangkang.

"Beliau mahu saya mengesahkan nama dan bilangan (yang terbabit). Jika saya ada nombornya, dia berminat hendak turut serta.

"Saya tidak beri sebarang tawaran kepadanya dan tentu sekali tidak mempertimbangkannya bagi jawatan timbalan perdana menteri. Tidak masuk akal untuk bincangkan perkara begini menerusi telefon," katanya.

Anwar berkata Anifah tidak puas hati dan kecewa dengan Abdullah kerana tidak menawarkannya jawatan menteri, sebaliknya hanya menawarkan jawatan timbalan menteri pengangkutan, dan dia menolaknya.

"Sebab itu beliau datang kepada kami dengan harapan untuk diangkat.

"Ramai ahli Parlimen BN tidak puas hati dengan perdana menteri waktu itu, itu yang kemudiannya mencetuskan rancangan 16 September," katanya. – 25 Ogos, 2014.

more updates ...

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: