Ahad, 10 Ogos 2014

Pecat Khalid Ibrahim, wajar atau tidak .. wajib baca ..!!

AKHIRNYA TS Khalid Ibrahim, MB Selangor dipecat dari PKR. Tiada yang melompat gembira dengan pemecatan itu, tiada juga yang sampai meraung meratap dengan tragedi malang ini. Tidak dinafikan ramai yang kecewa dengan keputusan ini termasuk aku yang memangkahnya untuk jawatan Timbalan Presiden PKR di dalam pemilihan yang lalu.
Aku menentang sikapnya hanya atas satu sebab iaitu kedegilannya untuk mematuhi arahan parti. Bukan baru kita dengar sikap ini ada pada beliau, dan aku mula merasakan kebenaran bahawa TS Khalid mempunyai kelemahan yang paling ketara iaitu tiada sifat orang politik iaitu patuh kepada pemimpin parti dan parti itu sendiri. Namun aku masih memilihnya untuk jawatan Timbalan Presiden kerana mempercayai janji-janjinya sewaktu berkempen iaitu beliau akan jadikan PKR parti reformasi yang mantap jauh dari unsur-unsur ketidakadilan.

Aku jangkakan dengan janji-janjinya itu beliau terlebih dahulu menunjukkan contoh teladan menjadi seorang yang komited dan taat setia kepada parti. Malangnya, aku tidak nampak beliau melakukannya terutama apabila bermulanya krisis MB Selangor. Ujian pertama kesetiaan beliau kepada parti adalah apabila beliau diminta untuk mengosongkan Kerusi MB Selangor. Usah bicara atas sebab apa, tetapi jika parti sendiri mahu beliau kosongkan Kerusi MB, seharusnya beliau patuhi tanpa banyak bicara. Mana mungkin beliau merasa selesa menjadi MB tanpa direstui partinya sendiri?
Benar, MB adalah hak rakyat. Kerusi MB Selangor adalah hak bersama PR. TS Khalid adalah hak PKR kerana beliau naik atas pilihan PKR dan diterima oleh PR. PKR yang calonkan beliau bertanding di dalam pilihanraya, beliau menang, dipilih oleh PKR untuk duduk sebagai MB Selangor. Jika tidak, beliau mustahil boleh menjadi MB seperti sekarang. Seharusnya bila parti ingin melantik orang lain, beliau wajar memberi peluang kepada orang lain untuk memikul amanah itu. Namun, TS Khalid tidak sanggup berbuat demikian.
Parti bertindak wajar. Entah beberapa kali sebelum ini DS Anwar menasihati beliau samada secara tertutup mahupun secara terbuka. Entah beberapa kali TS Khalid gagal hadir menemui pemimpin parti untuk menyelesaikan beberapa persoalan yang parti sering persoalkan. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Dalam isu perjanjian (MOu) berkaitan air dan Langat 2, jelas sekali TS Khalid tidak menghormati Ketua Umum, DS Anwar Ibrahim. Benar, itu hak MB atau kerajaan Selangor tetapi rugikah jika DS Anwar dibawa berunding terlebih dahulu sebelum menemui bos 'musuh' PR iaitu Najib? DS Anwar tidak diumpamakan langsung.
DS Anwar masih setia dan bersabar dengan karenah TS Khalid. Cara lain dilakukan oleh DS Anwar demi mahu menjaga nama baik TS Khalid. DS Anwar bersama pimpinan PR bersetuju melantik Jawatankuasa yang dianggotai ketiga-tiga parti dari PR untuk membantu TS Khalid memantau perjanjian berkaitan air agar PR tidak terpedaya dengan tipu helah musuh, malangnya mengikut kenyataan wakil-wakil yang dilantik, TS Khalid tidak pernah menghiraukan mereka. Kewujudan mereka dipandang sebelah mata oleh MB Selangor ini.
Parti tentunya merasa tersinggung dengan kerenah dan keegoan TS Khalid. Banyak lagi kerenah TS Khalid yang menyucuk mata kepimpinan parti. DS Anwar sudah dapat terbau 'penyakit' yang ada pada MB Selangor ini. Beliau tidak mahu membiarkan penyakit ini semakin kronik. Mencegah lebih baik dari mengubati. PKR telah cuba mencegahnya, dan sudah sampai ke tahap mengubatinya.
TS Khalid memang tidak rasuah. TS Khalid memang belum disabitkan dengan sebarang kes salah laku. Ini juga sifat yang ada pada Almarhum Ustaz Azizan, MB Kedah dulu. Almarhum orang alim, tidak rasuah. Tetapi sifat itu walaupun amat penting untuk seorang MB atau pemimpin, tetapi ianya tidak cukup tanpa adanya disiplin diri, komitmen ke atas parti dan juga bijak strategi politik. Pemimpin mesti jauh dari sifat ego dan sombong lebih-lebih lagi terhadap pemimpinnya sendiri. Bak kata Mursyidul Am PAS, sebagai ahli kita wajib taat dan patuh kepada Nakhoda, walaupun nakhoda kita ada sedikit kelemahan. Patut selagi tidak menyalahi syarak. Menukar pemimpin untuk memantapkan lagi kekuatan organisasi bukan satu kesalahan dari segi syarak.
Benarkah beliau tidak diadili dengan sewajarnya? Beliau telah diberi masa yang mencukupi untuk menyatakan sebab-sebab mengapa beliau tidak boleh dikenakan tindakan oleh parti. Beliau mendakwa surat tunjuk sebab itu 'cacat'. Beliau diminta untuk hadir beri keterangan, beliau memberi alasan sibuk untuk bertemu menteri Bn. Sibuk-sibuk beliau, yang peliknya masa 24 jam yang diberi oleh Najib untuk beliau hadir menandatangani MOu, beliau sanggup bergegas tanpa sempat memaklumkan kepada bosnya. Tetapi bila arahan parti, beliau beri alasan tidak diberi masa mencukupi. Parti masih beri peluang untuknya hadir sehari selepas itu, beliau tetap tidak hadir, sebaliknya masih sibuk berhari raya. Paling mengejutkan, beliau pula yang mahu tetapkan tarikh lain untuk beliau hadir. Ahli parti apakah seperti ini?
Apakah wajar parti terus dibuli sedemikian rupa? Apakah keistimewaan beliau sehingga sering parti beralah dengannya? Pemecatan beliau rasanya lojik dan munasabah. Namun, aku berpendirian parti wajib memberinya peluang untuk merayu. Samada dia mahu merayu atau tidak, itu lain cerita. Haknya mesti diberikan di dalam tempoh 14 hari untuk beliau merayu.
Apakah pemecatan ini memberi kesan kepada rakan-rakan di dalam PR, terutamanya PAS yang konsisten mempertahankan beliau selaku MB? Jawapannya, terpulanglah kepada tafsiran kita sendiri. Mungkin kata-kata Mursyidul Am PAS di bawah ini boleh memberi tahu kita jawapannya;
" Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR tidak ada kaitan dengan Pas, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. "Itu dia (PKR) punya pasal, saya tidak boleh ganggu," katanya ketika diminta mengulas pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu hari ini. "PKR boleh buang orangnya, kita tidak campur," katanya lagi kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di sini, malam ini.


WFAUZDIN NS d

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Rahimi berkata...

Saya pengundi di Selangor, saya tak mengundi individu walaupun ada individu dlm parti saya suka, dan saya juga percaya kejayaan Selangor bukan pada individu tapi berkumpulan, berjemaah dan berparti. Dalam keadaan manapun, individu yang tak boleh bekerja berkumpulan adalah individu yang gagal dan akhirnya akan menyebab kegagalan pada kumpulannya!

Tanpa Nama berkata...

Pkt..adalah parti utk orang2 gila...