Pendirian itu dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat parti peringkat negeri yang diadakan kelmarin dan bersetuju menghantar surat secepat mungkin sebaik isu Menteri Besar Selangor selesai.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, tindakan dua Adun membelakangkan parti sebagai tidak wajar dan apa yang dilakukan itu melibatkan soal wala’ atau ketaatan kepada pemimpin serta menyentuh prinsip Pas.
“Soal disiplin, kita tidak kompromi. Kalau di peringkat dalaman kita boleh berbeza pandangan, berbeza pendapat dan berbincang. Kita tiada masalah tetapi bagi tindakan sebegitu, membelakangkan kepimpinan sedangkan Majlis Syura Ulama menentukan keputusan, jadi ini kita rasa tidak wajar,” katanya kepada pemberita di Pejabat Pas di sini, kelmarin.
Sebelum ini, Pas memutuskan menyiasat dua Adun iaitu Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin yang menyatakan sokongan terbuka kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Kedua-duanya dikatakan mendahului keputusan parti dan mengakui tidak merujuk pucuk pimpinan Pas dalam membuat keputusan menyokong Wan Azizah, serta sedia berhadapan sebarang tindakan disiplin termasuk dibuang parti.
Mengulas lanjut, Satiful Bahri berkata, tindakan memecat ahli terutama wakil rakyat bukanlah baharu dalam Pas kerana pernah berlaku terhadap bekas Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hassan Mohd Ali dan wakil rakyat lain.
“Pas pernah pecat Ahli Parlimen kerana permasalahan akhlak kerana berjoget yang menjejaskan imej Pas. Pas juga pernah pecat kepimpinan di Terengganu, juga berkait dengan masalah bercanggah dengan perjuangan kita,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut meminta Majlis Syura Ulama menyaring nama-nama calon yang bertanding dalam pemilihan Pas Pusat pada masa akan datang.
Menurutnya, ia bertujuan memastikan imej Pas terus terpelihara daripada perkara yang menjejaskan parti itu.
“Pas telah membuka ruang begitu luas. Kadang-kadang kita bimbang ada orang ambil kesempatan Pas sebagai platform selain daripada yang diputuskan oleh parti sendiri. Kita tidak mahu bibit-bibit ini berkembang,” katanya.
more updates ..
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Kalau Pas Pusat memecat 2 adun Selangor dan membiarkan 4 adun yang menyokong khalid Ibrahim serta tidak mengambil tindakan keatas Hj Hadi itu menunjukan tanda-tanda Pas akan undur ke belakang dan akan melihat penyokong bangsa lain tidak akan memberi sokongna kepada Pas seperti dulu lagi.Apa kurangnya kenyataan Timbalan menteri besar Kelantan yang mengarahkan adun selangor menyokong Khalid.Rosak dah Pas ni
Catat Ulasan