Sabtu, 30 Ogos 2014

Najib pucat lesi .. ?

Pucat lesi Najib nak menjawab kembali apa yang Mahathir kritik

Hingga apa yang dikritik dijawab merapu ..

Mahathir kata urusan pentadbiran negara .. Najib kata urusan dalaman parti .. hehehehhe.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan penarikan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad kepadanya sebagai "soal dalaman Umno".

Enggan mengulas lanjut tentang kritikan keras bekas perdana menteri itu, Najib menegaskan bahawa pemimpin Umno tetap menyokong barisan kepimpinan sedia ada.

Pada masa sama mereka juga menghormati pandangan Mahathir sebagai negarawan yang disegani.

"Perkara ini daripada segi pendirian Umno, mereka memberi sokongan kepada kepimpinan sedia ada.

"Di samping itu mereka menghormati Tun (Mahathir) sebagai the elder statesman (negarawan kanan).

"Jadi kita anggap ini sebagai soal dalaman Umno.

"Kita harap ia dapat diuruskan dan ditangani dengan sebaik-baiknya," katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno petang ini.

Najib juga tidak menolak kemungkinan beliau akan bertemu Mahathir seperti disarankan sesetengah pihak susulan kritikan keras bekas perdana menteri itu terhadap pentadbirannya.

"Apa-apa pun segala kemungkinan akan berlaku.

"Kita harap ia berkesudahan dengan keadaan yang baik untuk Umno keseluruhannya," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Mahathir sebelum ini menerusi blognya menyatakan menarik kembali sokongannya terhadap Najib yang dilihatnya "terlalu lembut" dalam hal-hal yang kritikal melibatkan pentadbiran negara.

Urusan dalaman parti atau urusan kroni an kontrak? Hahahaha tunggu dan lihat ..


more updates ..


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: