Jumaat, 8 Ogos 2014

McDonald's mula menggelupur ..!! Kempen boikot menjadi ...!!

[VIDEO] Kempen boikot McDonald's yang bertebaran beberapa hari lalu di media sosial dan aplikasi mesej nampaknya benar-benar memberi kesan apabila tinjauan mendapati premis makanan segera itu kelihatan lengang pagi tadi.

Sinar Harian Online memilih dua premis di sekitar Shah Alam yang selalunya menjadi tumpuan untuk tinjauan pihak kami pada sebelah pagi tadi.

Hasil pemerhatian hampir setengah jam mendapati tiada sebuah pun kenderaan melalui kaunter pandu lalu McDonald's di salah sebuah premis, sementara suasana di dalam premis pula sunyi tanpa kehadiran pelanggan.

Menyedari kehadiran krew kami, seorang kakitangan premis meminta kerjasama kami supaya tidak membuat sebarang rakaman.

"Bang tak boleh rekod bang," katanya sebelum kami beredar menuju ke sebuah lagi premis McDonald's sekitar Shah Alam.

Sebuah lagi premis McDonald's pilihan kami juga nampaknya menerima nasib sama kesan daripada kempen boikot berkenaan. Mekipun kelihatan beberapa orang pelanggan namun ia tidak 'semeriah' sebelum ini.

Kaunter pandu lalu juga sunyi tanpa kehadiran pelanggan yang dahulunya setia mengunjungi premis makanan segera itu.

Kelihatan seorang kakitangan McDonald's berehat di luar premis kerana kekurangan pelanggan tanpa mengendahkan kehadiran kami.

Walau bagaimanapun ketika kami menghampirinya, dia memberi isyarat enggan ditemubual.

Kempen boikot McDonald's mula menjadi viral Selasa lalu dengan pesanan “Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin"

McDonald's Malaysia kesal tindakan memboikot

KUALA LUMPUR - McDonald's Malaysia yang kesal kerana menjadi sasaran boikot berkata ia tidak pernah menyalur hasil jualan, keuntungan dan francais dari restorannya untuk menyokong sebarang perjuangan politik atau konflik di sebarang kawasan di dunia.

"Sementara kami memahami dan menghormati bahawa tindakan memboikot merupakan keputusan individu, namun kami kecewa McDonald's Malaysia menjadi sasaran tidak adil," katanya dalam satu kenyataan.

Ia berkata, sesetengah restorannya menjadi sasaran vandalisme sehingga ia terpaksa menutup operasi pada hari berkenaan.

"Realitinya pekerja dan francisor kami tidak membuat sebarang kesalahan dan adalah amat tidak adil kami menjadi sasaran sebegitu rupa," katanya.

Dilaporkan penyokong Palestin menggunakan media sosial mengajak pemboikotan 24 jam rangkaian makanan segeranya ekoran serangan tentera Israel di Gaza yang mengorbankan hampir 2,000 orang.

McDonald's Malaysia menegaskan ia tidak menyokong atau memaafkan konflik yang berlaku di Timur Tengah dan seperti rakyat Malaysia yang lain amat bersimpati kepada mereka yang tidak berdosa di Gaza.

Ia berkata ia sentiasa konsisten dan telus dalam menentukan kedudukannya tetapi maklumat yang diberikannya disalah erti oleh sesetengah pihak.

"Mari kita ingatkaan diri kita bahawa kita rakyat Malaysia dan kita berkongsi hubungan yang sama. Kita boleh bersetuju atau tidak bersetuju antara satu sama lain.

"Tetapi yang paling penting, mari kita teruskan untuk berdoa bagi mengakhiri konflik di Gaza dan menjamin keamanan yang berkekalan," tambahnya. - Bernama
.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: