Bercakap kepada Malaysiakini, katanya, mereka mengeluarkan kata-kata kecaman padanya.
Malah, menurutnya, seorang daripada mereka tampil meludahnya.
“Ketika saya mahu meninggalkan (kompleks mahkamah), seorang lelaki Melayu datang kepada saya dan tanya sama ada saya Khalid Samad, anggota parlimen Shah Alam. Lepas saya kata 'ya', dia ludah saya.
“Dan kemudian, datang lagi sepuluh orang dan menghina saya, gelar saya pengkhianat Melayu.
“Ketika kami bergerak menuju kereta, mereka mula bertempik dan berkelakuan liar. Tetapi mereka tidak sentuh saya,” katanya.
Beberapa orang lagi turut menyaksikan insiden itu.
Khalid hari ini didakwa atas tuduhan menghasut atas kenyataannya yang menggesa agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dihapuskan.
Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bawah Akta Hasutan dan mengaku tidak bersalah.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Doa untuk YB Khalid semoga beliau tetap sabar dan tabah demi kebenaran. hanya jauhari yang mengenak maknikam.. semoga Allah melindungi beliau diatas keikhlasan dan kesabarannya. manusia2 bodoh memang ramai tepi berlagak seperti pandai..
Catat Ulasan