Puak UMNO bertepuk tangan .. Puak UG tak sabra-sabra untuk bersatu dengan UMNO. Puak PKR terus berdcakaran .. rakyat ..?
Surat tunjuk sebab kepada MB Khalid Ibrahim
KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin PKR meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.
Dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI, Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, mesyuarat itu turut membuat keputusan bersetuju Presiden PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi MB Selangor yang baharu.
"Kami ingin memaklumkan bahawa mesyuarat khas MPP bertarikh 15 Januari 2014 telah bersetuju dengan keputusan pertukaran MB Selangor.
"Kenyataan media Abdul Khalid pada 22 Julai secara terang-terangan mengingkari keputusan Mesyuarat Khas MPP tersebut dengan menyatakan keengganan meletak jawatan MB," katanya.
Oleh itu jelasnya, mesyuarat khas Biro Politik PKR yang bermesyuarat pada Ahad telah mengarahkan Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Abdul Khalid untuk menjelaskan kenyataannya sebelum ini.
"Abdul Khalid perlu menjawab surat tersebut sebelum atau selewat-lewatnya Jumaat ini," ujarnya.
Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan meminta Pakatan Rakyat (PR) tidak memperalatkan rakyat Selangor sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya tanpa mendapat persetujuan mereka terlebih dahulu.
Kata Abdul Khalid, seandainya PR mahu menjadikan Selangor sebagai asas pelancaran ke Putrajaya, ia perlu meminta semula mandat daripada rakyat.
PAS anjur solat hajat perdana selamatkan MB Khalid
Ulama PAS akan mengadakan solat hajat perdana pada Khamis agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan walaupun PKR menghantar surat tunjuk sebab kepadanya kerana enggan berundur sebagai menteri besar Selangor.
Solat hajat perdana "Munajat Selamatkan Gaza dan Selangor Bumi Bertuah" anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Geng Ustaz dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Selangor akan diadakan pada 7 Ogos di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Seksyen 7, Shah Alam memohon supaya Khalid terus dikekalkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri.
"Kita akan berdoa supaya tidak berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memohon supaya keputusan PAS (Pusat) berpihak kepada (ketetapan) tuan guru Presiden," kata Presiden Geng Ustaz Norazli Musa ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Norazli berkata, antara pemimpin yang akan hadir adalah Khalid, Pengarah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad, dan beberapa pemimpin lain.
"Kita sekarang tengah menunggu pengesahan daripada (Timbalan Mursyidul Am PAS) Ustaz (Datuk Dr) Haron Din untuk mengimamkan solat hajat," katanya.
Katanya, program bermula pada pukul 6.30 petang berbuka puasa dan solat maghrib, kemudiannya bacaan surah Yasin, solat Isyak, solat hajat dan diakhiri dengan ucapan pemimpin.
"Program ini terbuka dan orang ramai boleh datang seramai mungkin memenuhi ruang dewan untuk sembahyang bersama," katanya.
Selain itu, katanya program solat hajat juga dibuat bagi mendoakan keselamatan rakyat Palestin di Gaza yang diserang tentera Israel sejak bulan lalu dan mengorbankan lebih 1,000 nyawa.
Hadi pada 25 Julai lalu tidak bersetuju dengan alasan PKR dan DAP yang mahu menyingkirkan Khalid kerana tokoh korporat itu tidak pernah dibuktikan berlaku khianat dalam menjalankan amanah rakyat.
"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza," katanya.
Pendirian Hadi itu menyebbakan beliau 'diserang' pemimpin Pakatan Rakyat dan parti itu sendiri sehingga mendorong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan balas.
Nik Aziz dua hari kemudiannya mempertahankan Hadi yang mahu isu kelemahan pentadbiran Khalid diselesaikan dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat sebelum membincangkan isu calon pengganti.
"Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Khalid ingin digugurkan dari jawatan menteri besar," katanya.
Beliau turut menegur ahli PAS supaya meletakkan keutamaan ketaatan kepada pendirian presiden mereka.
Krisis isu menteri besar semakin parah apabila perbualan mesej WhatsApp AJK PAS Pusat didedahkan kepada umum, fokus kepada rancangan Zuhdi yang mencadangkan PAS keluar Pakatan Rakyat.
Pada masa sama bergabung dengan kerusi DUN Umno membentuk kerajaan perpaduan demi mengekalkan kedudukan Khalid dan mengembalikan semula kuasa politik Melayu-Islam melalui persempadanan semula.
Rancangan Zuhdi itu turut mendapat kecaman hebat apabila menyentuh isu sensitiviti agama bukan Islam di Selangor termasuk isu gereja dan penggunaan kalimah Allah.
Namun, Zuhdi mempertahankan kenyataannya sebagai satu analisis senario dan menganggap pihak yang membocorkan mesej itu sengaja “membangkitkan fitnah yang sedang tidur”.
PAS Pusat akan bermesyuarat pada 10 Ogos ini untuk memutuskan pendiriannya sama ada mahu menghormati hak PKR dalam isu kerusi menteri besar Selangor atau kekal dengan pendirian Hadi.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menghalang usaha Pemuda PAS Selangor walaupun tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pemimpin parti yang setuju Khalid digugurkan.
"Itu inisiatif Pemuda PAS Selaangor. Kita cuma meraikan sahaja dan akan datang solat bersama jika diizinkan," katanya.
Difahamkan, Dewan Pemuda Pusat juga akan mengadakan program sama di setiap kawasan masing-masing mensasarkan empat tujuan.
Antaranya “Selamatkan keadaan yaang tegang, Bersihkan parti dari anasir perosak, dan Perkukuhkan negeri Pakatan Rakyat'.
Selain itu, 'Teguhkan perjuangan suci dan matlamat yang murni' juga turut disasarkan melalui solat hajat perdana anjuran Lajnah Penerangan. – 5 Ogos, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ulama-pas-anjur-solat-hajat-pertahan-khalid-sebagai-mb-selangor#sthash.Xb6kDA1w.dpuf
sumber
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
3 respon:
bubar parlimen sebelum terlambat.
Bubar Dun (bukan parlimen) sebelum undi tak percaya.
Kami sudah bosan dengan permainan anwar ibrahim yg suka bermuka2.Semua keputusan dibuat adalah atas kepentingan peribadi anwar.PKR adalah parti anwar ibrahim dan anak-beranaknya.Pas cuma jadi alat anwar untuk mencapai cita2 politik peribadinya.Tanpa pas siapalah anwar.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada pemimpin2 kami terutamanya tg presiden untuk bertegas dengan pkr yg munafik.Pas boleh berdiri sendiri tanpa pkr apatah lagi dap.Keputusan pru13 jelas menunjukkan pakatan pas bersama pkr dan dap lebih memudaratkan dan merugikan terhadap sokongan orang Islam.
Catat Ulasan