Ahad, 31 Ogos 2014

Gempar: Molotov-cocktail’ dilempar ke rumah Guan Eng

GEORGE TOWN, 31 OGOS: Beberapa minit menjelang tengah malam sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-57, sebuah objek berupa bom petrol (molotov-cocktail) dilempar ke rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Insiden itu dipercayai berlaku kira-kira jam 11.45 malam dan bahan letupan yang jatuh ke halaman rumah itu meninggalkan sedikit kesan terbakar.

Menurut ketua polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi, siasatan forensik awal mendapati botol yang dilempar itu dipenuhi minyak tanah.

Beliau mengesahkan pelaku jenayah itu membonceng sebuah motosikal dan gambar berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Malaysiakini melaporkan, pegawai polis yang ditempatkan di pondok pengawal tidak dapat melihat kejadian di luar dan insiden tersebut disiasat di bawah Seksyen 435 Akta Senjata Api.

Menurut setiausaha akhbar kepada Ketua Menteri Wong Kim Fei, tidak ada sebarang kenyataan akan dibuat dalam masa terdekat dan pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan.

Lim dijadualkan menghadiri sambutan perayaan kemerdekaan di Esplanade, George Town, jam 9 pagi ini.

Ketika kejadian, difahamkan Lim berada dalam rumah bersama isterinya Betty Chew dan dua anak lelaki mereka. – Roketkini.com

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: