Tiket penerbangan Royal Jordanian yang tertera nama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke ibu negara Israel iaitu Tel Aviv kini tersebar merata di media sosial.
Anwar dikatakan telah pergi ke Istanbul, Turki pada hari sama untuk menghadiri Perhimpunan Kesatuan Ulama’ Sedunia yang menyaksikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dilantik sebagai Naib Ketua kesatuan berkenaan.
Anwar memberitahu kononnya beliau telah mempengaruhi ulamak terkenal Yusof Qardawi dan pemergiannya ke Istanbul adalah untuk memastikan Abdul Hadi benar-benar dilantik ke jawatan itu.
Anwar dikatakan hanya berada di Turki selama beberapa jam sahaja sebelum menaiki pesawat dengan tiket berkenaan ke Tel Aviv pada hari tersebut.
Pendedahan ini sudah pun berlegar-legar di laman sosial dengan sangat hebat dan pelbagai pihak mula mempersoalkan akan kesahihan tiket berkenaan yang memaparkan dengan jelas nama Anwar.
Sehingga kini Anwar masih belum memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara ini dan jika beliau terus berdiam diri, rakyat akan beranggapan seperti memang benar Anwar sudah ke Israel.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
pergi israel tk salah, yg salah walaupun pergi masjid tp buat kerja israel.
mana tau dgn doa anwar di israel, maka menjadi sebab musabah terkuburnya israel tk lama lagi. bukan senang seorg pemimpin islam nk jejak kaki ke bumi umat islam yg dijajah itu.
Catat Ulasan