Rabu, 2 Julai 2014

Remaja jadi mangsa rogol bapa dan abang kandung di Besut

BESUT: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun telah membuat laporan polis mendakwa beliau telah diperkosa oleh bapa dan abang kandungnya
beberapa kali sekita bulan Disember dan awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Superintendent Kamaruddin Mohd Zakaria mengesahkan telah menerima laporan tersebut pada 23 June lepas.

"Mangsa yang juga masih belajar, telah mendakwa beliau dirogol oleh bapanya yang berusia dalam lingkungan 40-an di rumah mereka di Gong Nering pada Disember
tahun lepas.

"Mangsa bersendirian di dalam bilik ketika kejadian itu berlaku," katanya.

Mangsa juga mendakwa perbuatan terkutuk bapanya itu berlaku dua kali dalam bulan yang sama.

Kamaruddin juga berkata, gadis tersebut turut mendakwa diperkosa abang kandungnya dalam semak ketika menuju ke sekolah.

"Mangsa tidak dapat mengingat tarikh sebenar kejadian, dan mengambil keputusan untuk mengadu kepada ibunya baru-baru ini.

"Ibu mangsa kemudiaanya memaklumkan kejadian tersebut kepada guru mangsa, dan guru berkenaan menemani mereka untuk membuat laporan di pejabat polis daerah,"
kata Kamaruddin.

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: