Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, anggota tentera berusia 30-an itu dikatakan menyerang mangsa menggunakan topi keledar di sebuah kedai fabrik di Beranang di sini, menyebabkan remaja terbabit mengalami kecederaan serius di kepala dan tubuh.
Sumber polis berkata, hasil siasatan mendapati suspek dan isterinya itu menghadapi masalah rumah tangga dan dalam proses penceraian.
Menurutnya, suspek dikatakan muncul di kedai fabrik milik isterinya dengan tujuan untuk berjumpa wanita terbabit.
“Bagaimanapun isteri suspek berkeras enggan berjumpa suaminya itu berikutan bimbang pergaduhan tercetus.
“Tindakan wanita terbabit menyebabkan suspek ‘naik angin’ apatah lagi selepas mendapati seorang remaja lelaki belasan tahun turut bekerja di premis isterinya itu,” katanya.
Menurutnya, suspek yang cemburu dan menuduh isterinya menjalin hubungan sulit dengan remaja terbabit memukul remaja lelaki itu berulang kali menggunakan topi keledar.
“Mangsa dihentam berulang kali di muka dan tubuhnya menggunakan topi keledar hingga cedera.
Suspek yang puas memukul mangsa kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya.
Susulan itu mangsa bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Beranang di sini, sebelum mendapatkan rawatan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab yang dihubungi berkata, pihaknya segera menjalankan siasatan terhadap kes itu sebelum mengesan dan memberkas suspek pada hari sama.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
sumber
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan