Sabtu, 19 Julai 2014

Perkembangan terkini nahas pesawat MH17 - sentiasa Update | Maklumat kargo didedahkan!

  • MH17:Pesawat Malaysia dilapor terhempas dekat sempadan Ukraine-Rusia
n
|notepad
kemaskini 9.00 pagi 19 Julai 2014

  • sila bookmark / refresh page ini untuk lebih banyak liputan dan maklumat terkini nahas MH17

Isi kargo didedahkan kepada umum


Dua ekor anjing peliharaan dan sembilan ekor burung termasuk empat ekor merpati antara yang terdapat dalam kargo pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis.

Menurut kenyataan MAS hari ini kargo pesawat itu turut mengandungi pelbagai barangan kurier termasuk peralatan helikopter, barangan horikultur, barangan perubatan, bunga palsu, produk kegunaan harian, penapis, tekstil serta mel pos.
Selain itu, ia mengandungi bagasi yang mengandungi barang peribadi para penumpang pesawat malang itu dengan kesemua barangan dalam kargo itu adalah seberat 9,885.4kg.

Selain dihantar ke Malaysia, sebahagian besar barangan kargo itu akan dihantar ke negara-negara lain seperti Filipina, Vietnam, Australia dan India.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal adalah dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

Nenek tiri DS Najib, DS Hishamuddin turut berada dalam nahas #MH17

Dunia dikejutkan dengan kejadian pesawat penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Ukraine awla pagi semalam.

Setelah beberapa fakta didedahkan, satu daripadanya cukup mengejutkan. Ini adalah kerana, salah seorang daripada penumpang yang terbabit dalam nahas MH17 itu adalah nenek tiri kepada Dato Seri Najib dan Dato Seri Hishamuddin sendiri.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga kedua-dua pemimpin (sepupu) ini, salah seorang dari penumpang malang tersebut adalah Puan Sri Siti Amira Prawira Kusuma. Beliau merupakan isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noa lapor Malaysian Digest.

Tan Sri Mohd Noah merupakan bapa kepada Tun Raha (Ibu kepada Dato Seri Najib) dan Tun Suhaila (Ibu kepada Dato Seri Hishamuddin).

Inilah senjata yang dipercayai diguna untuk tembak pesawat MH17



WASHINGTON: Pesawat Penerbangan Malaysia dengan 295 penumpang ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine oleh peluru berpandu darat-ke-udara tetapi tidak pasti siapa yang melakukan tembakan itu, kata pegawai Amerika Syarikat.

Penganalisis perisikan sedang mengkaji data untuk menentukan sama ada senjata itu diluncurkan oleh pemisah pro-Moscow di Ukraine, pasukan tentera Russia di sempadan ataupun pasukan keselamatan Ukraine, kata dua pegawai AS.


Ukraine Tersalah Tembak MH17 !

Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.
{baca lagi klik butang papar ... }



Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang.

(Putin dilihat turun dari pesawat setelah tiba di Russia daripada Brazil)

Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez. Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali.

MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.

Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Menjadi persoalan utama kepada kita semua,

MENGAPAKAH MH17 MELALUI LALUAN UDARA ZON PERANG???




Sama-samalah kita nantikan jawapan seterusnya daripada pihak berkuasa kita yang akan terus menerus memberikan informasi kepada rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama kita berdoa agar yang terbaik sahaja untuk kita di Malaysia. Sesungguhnya ini semua adalah bala buat kita rakyat Malaysia, mungkin kerana kita terlalu leka dan alpa selama ini. Sesudah MH370, kini kita digemparkan lagi dengan MH17 di saat rakyat di Gaza sedang diserang dengan menggunakan serangan darat oleh askar Israel, manakala di Sabah pula sedang berhadapan ancaman gerila Sulu.

Semoga dengan keberkatan Ramadhan, kita semua diberi keampunan oleh ALLAH SWT seterusnya diberi laluan mudah untuk keluar dari segala kemelut yang sedang melanda kita ini.

Kita harapkan yang terbaik daripada pihak berkuasa kita dalam menangani isu MH17 dan juga isu di Sabah.

Semoga kali ini bukan lagi episod kedua bagi kecelakaan negara kita setelah kita gagal mengawal situasi dalam peristiwa serangan di Lahad Datu tahun lalu dan MH370 pada Mac yang lepas.


Fakta / kronologi awal nahas pesawat MH17


Berikut adalah fakta / kronologi awal yang erlu diketahui bagi nahas pesawat MH17 milik Malaysia:

{baca lagi klik butang papar ... }




1. Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada Khamis, 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada hari berikutnya.

2. Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.

3. MAS mengesahkan menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 pada 1415 (GMT) 30 kilometer dari Tamak,
kira-kira 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

4. Angkatan Tentera Ukraine menafikan tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang dipercayai terhempas di timur Ukraine.

5. Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine menuduh ‘pengganas’ menggunakan peluru berpandu darat ke udara untuk menembak pesawat itu, kejadian yang menegangkan
lagi kemelut antara Kiev dan Moscow. Pesawat berkenaan ditembak dengan peluru berpandu dari darat ke udara.

6. Sergei, seorang anggota pemisah menafikan pihak pemberontak tidak mempunyai senjata yang mampu menembak jatuh sebuah pesawat dari ketinggian itu.

7. Komander pemberontak Ukraine “Donetsk People’s Republic” mengaku tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut
besar tentera Ukraine.


Press conference with PM Najib Razak on flight MH17



MH17: Senarai krew penerbangan yang terlibat dengan nahas



Setelah dikejutkan dengan peristiwa MH17, kini salah seorang pekerja dari MAS telah mengambil gambar screen krew-krew yang terlibat dalam penerbangan tersebut.

Diharap agar semua keluarga mangsa bersabar dan ucapan takziah dari SK. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang beragama Islam - SiakapKeli.com

Berikut adalah senarai-senarai kru MH17 berdasarkan gambar screen tersebut:


{baca lagi klik butang papar ... }



1. WAN AMRAN BIN WAN HUSSIN - LELAKI / MALAYSIA

2. CHOO JIN LEONG EUGENE - LELAKI / MALAYSIA

3. AHMAD HAKIMI BIN HANAPI - LELAKI / MALAYSIA

4. MUHAMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAHIM - LELAKI / MALAYSIA

5. MOHD GHAFAR BIN ABU BAKAR - LELAKI / MALAYSIA

6. DORA SHAHILA BINTI KASSIM - PEREMPUAN / MALAYSIA

7. AZRINA BINTI YAKOB - PEREMPUAN / MALAYSIA

8. LEE HUI PIN - PEREMPUAN / MALAYSIA

9. MASTURA BINTI MUSTAFA - PEREMPUAN / MALAYSIA

10. CHONG YEE PEHNG - PEREMPUAN / MALAYSIA

11. SHAIKH MOHD NOOR BIN MAHMOOD - LELAKI / MALAYSIA

12. SANJID SINGH SANDHU - LELAKI / MALAYSIA

13. NAMFAZLIN SHAM BINTI MOHAMED ARIFIN - LELAKI / MALAYSIA

14. NUR SHAZANA BINTI MOHAMED SALLEH - PEREMPUAN / MALAYSIA

15. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN PEREMPUAN / MALAYSIA



Kerajaan Ukraine sahkan MH17 terkena peluru berpandu


Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko mengesahkan bahawa pesawat MH17 terkena tembakan peluru berpandu dan terhempas berhampiran Torez.

Menurut Bloomberg, Gerashchenko menyatakan ini di Facebook beliau.

{baca lagi klik butang papar ... }




Laporan mendakwa pesawat Malaysia itu, yang membawa 295 orang, jatuh di wilayah ketenteraan di mana tentera kerajaan Ukraine bertempur dengan berjuang pemisah pro-Rusia.

Sementara itu, agensi berita Interfax melaporkan bahawa pesawat itu terhempas 50km sebelum memasuki ruang udara Rusia.

Ia "mula menurun, selepas itu didapati terbakar di wilayah Ukraine," laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata.

Satu lagi sumber yang tidak dinamakan dari pihak keselamatan Ukraine, dipetik oleh Interfax, sebagai berkata pesawat itu hilang dari radar pada ketinggian 10,000 meter selepas itu ia menurun berhampiran bandar Shakhtyorsk.

Presiden Ukraine Petro Poroshenko juga menafikan bahawa Tentera Udara Ukraine menembak pesawat tersebut.

Puak pemisah bagaimanapun, menafikan ia menembak jatuh pesawat itu dan sebaliknya menyalahkan Kiev, laporan penyiar milik negara Rusia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menulis dalam tweet bahawa tentera Malaysia masih mengesahkan perkara itu.

MAS berkata MH17 berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 pagi dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan.

MAS terputus hubungan dengan pesawat itu pada 1415 GMT ketika berada 30 kilometer dari Tamak, sebuah bandar yang terletak 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Pesawat itu membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.





MH17: 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi nahas - Saksi


KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

{baca lagi klik butang papar ... }


Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.

Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.
Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News





DCA terima laporan dari Ukraine



{baca lagi klik butang papar ... }



Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan menerima laporan awal daripada pihak Ukraine sekitar jam 10.45 malam tadi.

Sumber dalaman DCA berkata, laporan awal memberitahu pesawat berkenaan hilang dari radar sebelum diberitakan terhempas.

"Buat masa ini, hanya itu yang dimaklumkan, punca sebenar masih belum diperolehi," kata sumber berkenaan kepada Sinar Harian, sebentar tadi.

Pesawat MAS MH17 itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 6.10 pagi ini selepas berlepas dari Ukraine.

Pesawat Boeing 777 itu membawa 295 penumpang termasuk 15 anak kapal dan 17 kanak-kanak.


LAPORAN AWAL MH17


Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat MH17.

"Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.
{baca lagi klik butang papar ... }





Sementara itu, laporan Reuters yang memetik laporan agensi berita Interfax menyebut, pesawat itu membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Laporan Interfax itu memetik sumber industri penerbangan, yang masih belum dapat disahkan buat masa ini.

Sementara itu, laporan Al-Jazeera menyebut, Malaysia Airlines mengesahkan kejadian itu dan dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan tidak lama lagi.

Menurut Al-Jazeera, pesawat terlibat dipercayai pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17, yang berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan.

Ia dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Laporan itu juga menyebut, ia mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine.

Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.

Ia disyaki terhempas dekat bandar Shakhtyorsk. -mk
sumber


sumber



# sila like untuk dapat lebih banyak maklumat




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

16 respon:

Tanpa Nama berkata...

alamak. terkejutnya. apa dah jadi Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Semua rakyat malaysia, pakat2 lah renung ape yg brlaku

Tanpa Nama berkata...

Buka lah mata. Jgn masih berpeluk tubuh

Tanpa Nama berkata...

Apa sdh jadi dgn negara kt

Tanpa Nama berkata...

Renung lah apa yg brlaku

Tanpa Nama berkata...

Jadi apanya...signal 1 mh370.....tak mau tunduk ..nah ambik mh17 pulak...elok pulak jatuh dekat kawasan tu....lepas ni..tengok ja tindakan najib yang tersepit tu dan china punya reaksi.sekarang semua tuduh menuduh bukan aku yang tembak...jadi sapa yang tembak.

Tanpa Nama berkata...

Ni seme ujian dri allah.sme2lah kita berdoa
.

Tanpa Nama berkata...

"Hari ini adalah 'hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia', saya tak boleh bayangkan apa yang akan berlaku," kata Najib

Tanpa Nama berkata...

cubaan dr ALLAH utk rkyat malaysia & trutamanya pempmpin2 negara agar sentiasa brckp "Benar "kpd rakyat marheen pada setiap prkara yg brlaku d dlm negara..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lg Maha Berkuasa kpd Hamba2nya...Al Fatihah

Tanpa Nama berkata...

emm

Tanpa Nama berkata...

mungkin ada hikmah disebalik kejadian..kita pun xtahu pe sebb jd macam ni..
-aku rase mcm xlogik je..xkan la tersalah tembak..sebelum nak tembak mesti depa tgk dulu itu pesawat ape..
-adakah ini dirancang ??
-dan ini mungkin takdir..tuk beri peringatan pada manusia..

fikir n renungkanlah..

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin Negara jgn slalu berdalih @ smbunyikan segala fakta (jwpn yg contradict ! ) kehilangan MH370..Dan skrg x ada lg yg dpt diselindingkan dr pengetahuan Umum MH17 Tragedy yg brlaku dpn mata seluruh Dunia ...!! renung2kanlah Message yg cuba d smpikan..Innallilah

Unknown berkata...

lagi2 MAS, lagi2 MALAYSIA...

Tanpa Nama berkata...

Jadikanlah kejadian INI sebagai iktibar Dan janganlah kita berbalah sesama kita. Kita haruslah bersatu padu Dan doakanlah pihak yg bertanggungjawab ditangkap Dan di hadapkan me muka pengadilan.

Unknown berkata...

Al-fatihah untk mh370@mh17..

Tanpa Nama berkata...

Salahnya kita krn tak jadikan Al Quran panduan perjlnn hidup...sesiapa yg tak menjadikan hukum dlm Al Quran dlm kehidupan maka ternyata tlh menzalimi diri sendiri.