Kontraktor yang bertanggungjawab membina Masjid Lapang Besar di Jalan Tun Ismail, di sini, akan menukar permaidani ruang utama solat di masjid berkenaan yang tertera kalimah Allah selain lambang salib.
Ia susulan mesyuarat antara Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz dan wakil syarikat pemaju, baru-baru ini.
Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Abdul Zaki Mat Zin berkata, kontraktor terbabit diberikan tempoh sebulan untuk melakukan kerja penggantian itu bagi membolehkan JAIP mengeluarkan sijil layak menggunakan masjid berkenaan.
Beliau berkata, siasatan sebelum ini mendapati permaidani di ruang utama solat berwarna kelabu mempunyai corak tertera tulisan Allah selain lambang salib.
“Jalan terbaik perlu dilakukan adalah menanggalkan semua permaidani dan tukar dengan yang baru. Jika usaha menggantikan dengan yang baru tidak dapat dilakukan, sijil layak menggunakan masjid berkenaan tidak akan dikeluarkan,” katanya. – HARIAN METRO
sumber
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan