Selasa, 8 Julai 2014

Kisah Benar: Tukar isteri suka sama suka dengan rakan

Kuala Lumpur: "Saya dan suami pernah dua kali melakukan perbuatan terkutuk apabila bertukar pasangan dengan suami serta isteri rakan kami sendiri. Itu perkara paling teruk yang saya pernah lakukan ketika melalui zaman 'jahiliah' lebih lima tahun lalu.

"Kini saya menyesali perbuatan terkutuk itu dan sudah meninggalkan gaya hidup tidak bermoral berkenaan," kata Laila, 36, yang diceraikan suami selepas berhijrah kepada cara hidup lebih baik manakala lelaki itu kekal dalam kejahilan.

Dulu Laila dan suaminya, Khairul, 37, yang mengusahakan perniagaan kenderaan terpakai gemarkan kehidupan bebas, malah melakukan banyak perkara mungkar sejak berkasih ketika masih di sekolah menengah lagi.

Bagaimanapun, Laila yang bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat swasta di Johor akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti melakukan perkara terkutuk itu selepas rakan baiknya yang juga seorang wanita memeluk islam.

"Semuanya berlaku pada 2011 apabila rakan setugas yang juga seorang perempuan tiba-tiba menyuarakan hasra mahu memeluk Islam kerana beranggapan ia agama yang indah.

"Dia turut meminta saya mengajarnya berkaitan Islam. Saya terkejut kerana tidak mempunyai pengetahuan mendalam berkaitan Islam, malah boleh dianggap jahil," katanya.

Menurutnya, sejak itu, dia mula menyimpan perasaan mahu berubah menjadi insan yang lebih baik.

Katanya, tiga bulan selepas rakannya memeluk Islam pada 2011, Laila mula mengenakan pakaian sopan untuk ke pejabat selain tidak lagi mengikuti pelbagai aktiviti sosial bersama suaminya.

Bagaimanapun, perubahan Laila tidak menarik minat suaminya, malah lelaki itu mengatakan ia hanya sementara.

"Saya sedih dengan kenyataan suami, namun bersyukur kerana keluarga serta mentua memberi sokongan penuh untuk saya berubah.

"Selepas itu, saya mengikuti kelas agama pada masa lapang dan berdoa kesalahan saya diampuni Tuhan," katanya. - Harian Metro

sumber

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

aku jg pasangan yg terlalu sosial..sblm kawin lagi aku tinggal serumah dgn suami aku..beberapa kali sudah terlanjur..selalu bersosial dgn rakan2 dikelab.bila blk dari kelab kami akan melakukn seks bertukar tukar pasangan.hingga la kami berkawin.tabiat sosial kami masih lagi berterusan.seminggu lepas kawin aku dan suami beroesta seks walaupun inai masih merah dijari.bagi aku dan suami seperti tiada apa2.malahan sgt happy dn rasa bangga.rakan2 sgt sporting skali..setakat ni aku dn suami belum lagi nk berenti dari lifestyle begini..

Tanpa Nama berkata...

Eemmmm

Tanpa Nama berkata...

Eleh..ye ler tu..tah sape2 komen..cam haram..