gagal menghalang pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) daripada meneruskan pendakwaan terhadapnya di Mahkamah Tinggi Syariah atas tuduhan menghina agama Islam.
Perkara itu berikutan keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini yang menolak permohonan Kassim bagi menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak kebenaran semakan kehakimannya, Isnin
lalu.
Permohonan bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman itu difailkan bertujuan membatalkan tindakan dan keputusan Penguat Kuasa Jawi yang melakukan tangkapan sebelum mendakwanya di Mahkamah Tinggi Syariah.
Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu didengar pada Khamis ini.
Sementara itu, perbicaraan terhadap Kassim, 81, atas tuduhan menghina agama Islam, mengingkari pihak berkuasa agama dan mencemuh agama Islam akan didengar selama tiga hari di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bermula 20 Oktober ini. - UTU
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan