Rabu, 16 Julai 2014

Jawatan Menteri Pertahanan agaknya sekadar beri amaran ..

Jika diimbas, antara Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sama-sama pernah menjadi Menteri Dalam Negeri, kedua-duanya lebih kurang sama saja.

Bagi penulis Shahbudin Husin, Hishammuddin terlalu lemah, apologetik dan asyik-asyik memberi amaran saja sedangkan tindakannya langsung tidak pernah menjelma sementara Zahid pula cuba menunjuk garang, berani dan lebih menjadikan jawatan itu sebagai landasan meningkatkan popularitinya.

Menurutnya, selain aksi sebelum dengan selepas pemilihan Umno banyak berbeza, beliau sering kali mengeluarkan kenyataan bersifat politik dan retorik dalam isu-isu berkaitan keselamatan negara.

Tambahnya, Zahid seolah-olah melihat semua aspek keselamatan boleh diurus seperti mengendalikan Umno cawangan saja.

“Itulah sebabnya, bila pencerobohan berlaku sehingga anggota polis terbunuh dan seorang lagi diculik, Zahid dengan santai mengatakan ianya kerana mereka ingin membalas dendam kepada pasukan keselamatan.

“Jika begitu, bolehkah kita juga mengatakan rompakan dan samun yang berlaku setiap detik adalah juga kerana perompak ingin membalas dendam kepada polis yang selalu menangkap dan memberkas penjenayah?” tulis beliau di dalam blognya.

Katanya, kalau dulu ada yang kecewa dengan Hishammuddin mengendalikan Kementerian Dalam Negeri kerana hanya tahu memberi amaran, Zahid dengan retorik dan kenyataan politiknya mula mendatangkan lebih kekecewaan lagi.

Justeru, baginya Esscom atau apa saja berkaitan keselamatan lebih tidak selamat bila berada di tangannya. – HARAKAHDAILY 15/7/2014


sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: