Selasa, 1 Julai 2014

AMARAN! Jangan Jawab Nombor Telefon Ini - 03- 2178 8888 !!!


ORANG ramai diminta untuk tidak menjawab panggilan daripada nombor 03-2178 8888.
Pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai staf Ambank akan memberitahu bahawa anda mempunyai baki kredit kad yang belum dibayar dan diminta membuat bayaran dengan segera.
MCMC sedang menyiasat kes ini.

Sila laporkan kepada kami di aduanskmm@cmc.gov.my, jika anda menerima panggilan tersebut.

*Apa itu spoofing?

Pemanggil cuba menipu dengan meniru (spoof) nombor telefon sesebuah syarikat yang sebenar.
Mereka mahu mencuri maklumat sensitif seperti nombor akaun bank, kad kredit atau butiran log masuk ke laman perbankan dengan menyamar sebagai staf daripada bank atau syarikat kad kredit anda.

Sumber : Lepak Media.

Jap2..

Takde kaedah ke nak check siapa dalang kepada penipuan2 ini? Tahu la depa canggih dalam menipu tapi takan la SKMM tak boleh nak detect skill penipuan dorang? SKMM boleh check pemilik2 FB yang menulis pasal pemimpin la pasal raja la apa bagai la takan tak boleh nak detect mereka2 yang menipu. Ye tak?

Aku rasa bukan ini je satu no yang menipu. BANYAK.

Dan bukan melalui panggilan telefon aje yang dorang gunakan untuk menipu. SMS pun banyak. BERSEPAH2. Sampai tolak kredit orang dibuatnya.

Apa dah takde cara ke untuk menghentikan sebaran SMS2 yang tolak duit orang?
Aku pelik la.
Samada penjenayah terer sangat dalam menipu ataupun SKMM memang malas buat kerja. Dengar citer punyalah canggih perisikkan negara sampaikan boleh hacking perbualan dalam telefon seseorang. So, takan kes macam neh tak reti2 nak selesaikan? Takan tatau nak locate penjenayah? ~~ soscili

Lue fikirlah sendiri.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: