Sabtu, 28 Jun 2014

Penggunaan elektrik paling tinggi dalam sejarah pada 28 Mei lalu - TNB

KUALA LUMPUR: Penggunaan tenaga elektrik paling tinggi dalam sejarah negara dicatat pada 28 Mei lepas berikutan cuaca panas dan kering, demikian menurut Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengurus Besar (Komunikasi Korporat) TNB Omar Sidek berkata Malaysia merekodkan penggunaan elektrik sebanyak 16,583 MW pada tarikh berkenaan.

Penggunaan tenaga elektrik kini berada pada tahap puncak antara pukul 2 hingga 5 petang setiap hari, menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Bahang El Nino telah pun dirasai dengan cuaca panas melampau dan kurangnya taburan hujan pada masa ini, dan sudah pasti ia akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih," katanya.

Beliau berkata untuk itu, orang ramai perlu mengamalkan langkah kecekapan tenaga yang dapat mengurangkan beban elektrik.

"Berdasarkan pengalaman El Nino pada tahun 2009, beban elektrik meningkat dua peratus daripada ramalan. Oleh itu, El Nino dijangka meningkatkan penggunaan elektrik pada bulan-bulan yang akan datang," kata Omar.

Malah fenomena El Nino pada masa itu menyebabkan penurunan tahap air serta menyekat kuasa hidro daripada digunakan secara sepenuhnya berbanding janakuasa gas dan arang batu, katanya.

Beliau menjangkakan penggunaan elektrik terus meningkat semasa El Nino berikutan cuaca panas terik menyebabkan penggunaan pendingin hawa dan kipas secara ekstrem di kilang-kilang, premis perniagaan, pejabat dan kawasan kediaman.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk melaraskan suhu sustem pendingin hawa di antara 23 ke 25 darjah Celsius, menggosok pakaian pada waktu malam, memasak air atau menggunakan mesin basuh di luar waktu puncak, katanya.

Beliau juga berkata industri yang menggunakan elektrik secara besar-besaran, seperti kilang keluli dan simen, dinasihatkan supaya beroperasi di waktu malam.

Omar juga menasihatkan pengguna pendingin hawa supaya sentiasa menukar serta membersihkan penapisnya dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit berkenaan kerana penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapannya.

Alat itu perlu diselenggara secara kerap kerana ia boleh membantu pendingin hawa beroperasi secara optimum dan menggunakan kipas selepas suhu bilik mencecah tahap selesa, katanya.

Beliau berkata orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut berhubung cara-cara menjimatkan pengunaan tenaga elektrik di www.tnb.com.my.


p/s:

Omar dan TNB lupa satu perkara yakni bagaimana nak bantu rakyat dalam krisis begini dengan mengurangkan harga dan beban pengguna. Dah la untung banyak, terus menerus nak naik harga elektrik.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Yang menaikkan tarif elektrik bukan tnb. Jgn silap. Yg menaikkan adalah kerajaan amno sbb dok bela ipp. Dah byk info diberitahu tentang perjajian yg dipaksakan ke atas tnb utk beli letrik drp ipp. ipp goyang kaki jual letrik pd harga mahal pd tnb dpt untung bersih sedangkan tnb kena buat kerja amal bekalkan letrik luar bndar, urus penjualan pd pengguna dan byk lagi kerja tnb. Kenaikkan tu bkn dpt kat tnb.