Ahad, 1 Jun 2014

Teluk Intan: Ini alasan PAS ketika DAP tewas teruk di tangan BN

Tegas Basyir, beliau tidak menolak kemungkinan ia boleh mempengaruhi pengundi hingga menyebabkan keputusan pengundian juga terkesan.

TELUK INTAN: Nombor telefon yang digunakan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Teluk Intan, Mohd Akram Ayub telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Nombornya telah digunakan oleh penggodam untuk menghantar SMS yang berunsur fitnah dan saraf untuk meragukan pengundi-pengundi Teluk Intan.

Pelbagai SMS telah disebarkan menggunakan nombor tersebut dan ramai pengundi memaklumkan bahawa mereka menerima pelbagai SMS yang meragukan.
{baca lagi klik butang papar ... }



Ketua Penerangan Pemuda PAS Teluk Intan, Muhammad Basyir ketika ditemui memaklumkan bahawasanya Akram menafikan sekeras-kerasnya SMS yang disebarkan itu
dihantar oleh dirinya.

Kata beliau, pihaknya mendapat maklumat dan aduan ramai tentang sebaran SMS palsu itu yang telah menyebabkan pengundi-pengundi keliru serta terpengaruh.

Tegas Basyir, beliau tidak menolak kemungkinan ia boleh mempengaruhi pengundi hingga menyebabkan keputusan pengundian juga terkesan.

"Kami yakin perbuatan ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan sangat terdesak sehingga sanggup membuat tindakan demikian.

"Kami akan berbincang dan kemungkinan akan membuat laporan polis berhubung tindakan khianat itu," jelasnya.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

6 respon:

win win malaysians berkata...

spr tolong jawab dari mana 384org ygm terlebih mengundi...adakah undi yg lebih itu dari kalangan PANDA ...spr
tolong jawab..

Tanpa Nama berkata...

384 terlebih undi xheran

lebih baik tanya mana pegi majoriti 7000 yg menang masa pru dulu?

tengok ikut tempat mengundi, area kubu kuat dap pun bn menang.. tp area kuat melayu lebih kurang sama macam pru dulu..

menunjukkan dalam prk ini, cina undi cina n x undi calon melayu.. so sapa racist skrg

Tanpa Nama berkata...

Dyana tidak seharusnya gundah dan dipersalahkan. Pada kebiasaannya dlm PRK, kemenangan selalunya memihak kpd BN. Dgn serangan hampir seluruh pemimpin BN, jentera kerajaan dan fitnah media lagi semuanya tertumpu di situ. Jika PRU, BN dah tentu bungkus! Yg rugi sebenarnya adalah penduduk Teluk Intan, kerana gagal melakar sejarah yg telah sedia terbentang.

Unknown berkata...

Mah dah menang...adakah kemenangan ini datang hanya dari pengundi cina?tolong fikikan! Syabas Dyana..

Tanpa Nama berkata...

PRK sudah tamat keputusan sudah dapat pengundi pun memang sudah buat pilihan tepat calun yang bertanding pun sudah boleh berehat, semua penyokong yang segal pun sudah hilang kelibat , tapi satu soalan untuk SPR kenapa calun yang menang nampak tak sihat ,selepas kemnangan di istihar,adakah kerana jumlah kemenangan terlalu tipis dik kerana jumlah kertas undi yang deluarkan untuk pengundi dengan jumlah kiraan undi tidak serupa.Inilah yang dikatakan tangan panjang dalam SPR yang diraguikan oleh semua masyarakat dan warga pemilih.

Tanpa Nama berkata...

dah kalah tu kalahlah , jiwa kena besar , tak perlu buat seribu alasan bila kalah , kalah menang adat pertarungan !

setiap parti yg bertanding ada counting agent, ada poling agent , mereka berada dalam bilik mengundi , mereka yang periksa daftar senarai pengundi , mereka juga ikut peti undi kemana pergi ,
kalau kata ada penipuan, maknanya poling agent dan counting agent kamu bodoh ! tak pandai buat kerja !