Rabu, 28 Mei 2014

Piala Thomas: Khairy bodoh kata Raja Bomoh



Manusia yang mengelar dirinya Raja Bomoh, Ibrahim menyifatkan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai punca kekalahan skuad Piala Thomas dan perlu memikul tanggungjawab dengan meletakkan jawatan sebagai menteri.

Ini kerana, menurutnya kenyataan Khairy sebelum ini meminta masyarakat agar tidak meletakkan sebarang harapan kepada skuad negara itu.

“Ini kerana sejak awal-awal lagi dia telah mengatakan skuad ini tidak akan masuk ke peringkat akhir, tetapi bila dapat masuk peringkat akhir dia (cuba) ambil kesempatan (publisiti)” ujar kepada wartawan Suara.TV sebentar tadi.
{baca lagi klik butang papar ... }



Ibrahim turut meminta Khairy agar meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang menteri.

Menurutnya sebagai seorang menteri yang diberi tanggungjawab menjaga dan membangunkan sukan negara, Khairy sepatutnya terus memberikan semangat kepada para pemain dan bukannnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menajtuhkan moral pemain.

Namun sebaik sahaja pasukan badminton negara berjaya melangkah ke separuh akhir menentang Jepun, Khairy dikatakan terhegeh-hegeh mencari publisiti dengan menghadiri perlawanan akhir itu.

“Dia mengata, kemudiannya memuji.

“Menteri (KJ) ini bodohlah, dia patut meletakkan jawatan” ujarnya lagi.

Memetik laporan Utusan Malaysia sebelum ini, Khairy dilaporkan meminta rakyat negara ini agar tidak meletakkan harapan tinggi terhadap skuad Pia¬la Thomas negara untuk melakar kejayaan yang besar pada kejohanan dwi tahunan itu.

Beliau berkata, peluang skuad kebangsaan untuk sampai ke peringkat separuh akhir adalah amat sukar

“Saya rasa lebih elok jika kita meletakkan satu sasaran yang sederhana kerana saya tidak mahu ada yang memberikan harapan yang terlalu tinggi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Purple League.

Menurut Khairy, harapan yang diletakkan terhadap skuad badminton negara perlulah lebih realistik bersesuaian dengan barisan pemain yang Malaysia miliki pada masa sekarang.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

dua dua bodo

DUKUN berkata...

bomoh masih dendam dgn KJ. bpmoh pun bersalah kerana tk tolong pemain badminton guna pukulan buaya badminton.

sudahlah bomoh, usaha cr MH370 kau semua gagal. kau pun patut letak jawatan. jgn gelar bomoh dunia, bohongmoh sebenarnya