Jumaat, 30 Mei 2014

Pelatih di pejabat agama akhirnya kantoi khalwat

Seorang pelajar wanita di sebuah IPTA di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai baru selesai membersihkan diri selepas beraksi di ranjang bersama
teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut
universiti di Kota Kinabalu baru baru ini.

Gadis tempatan yang juga penuntut sebuah IPTA di Kuala Lumpur itu dikatakan menyertai latihan amali di Wisma Majlis Agama Islam Sabah dan mengambil kesempatan
untuk memadu asmara dengan kekasihnya.

Bagaimanapun, kegiatan jijik pasangan kekasih dapat dihidu anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang bertindak menyerbu
rumah tumpangan berkenaan.

Ketika serbuan, anggota penguatkuasa menemui teman lelaki gadis itu yang berusia 21 tahun sedang terbaring keletihan di atas katil. Pemeriksaan itu juga
turut menemui pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai rumah tumpangan terbabit.

Setelah disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu.-(

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: