"62% responden tidak bersetuju dengan pelaksanaan GST, jelas menunjukkan walaupun hasil yang akan diperoleh daripada cukai pengguna tersebut, kebanyakan orang awam tidak menyokong pelaksanaannya," kata penyelidik bebas itu.
Selari dengan kaji selidik tersebut, sebanyak 64% responden berkata mereka tidak faham bagaimana ekonomi negara akan bergerak.
"Pandangan tersebut lazimnya datang daripada isi rumah yang berpendapatan rendah, sekitar kawasan pedalaman dan di kalangan wanita," kata Merdeka Center.
Kaji selidik tersebut dijalankan oleh Merdeka Center sekitar 12 hingga 21 April.
62% rakyat Malaysia tolak sistem cukai GST...
Daripada kaji selidik itu, 1,009 responden yang juga pengundi adalah 60% Melayu, 31% Cina dan 9% India serta dijalankan menerusi panggilan telefon.
Responden dipilih berdasarkan persampelan rawak berlapis bersama-sama etnik, jantina dan negeri didiami.
Responden juga ditanya sama ada GST adalah sistem cukai yang adil dan 40% memberi jawapan negatif.
Kaji selidik itu juga melibatkan jumlah responden yang sama rata antara lelaki dan wanita dari kawasan pedalaman dan bandar mendapati 45% mengatakan GST tidak adil.
Lebih memburukkan, seramai responden 46% tidak yakin Barisan Nasional (BN) mampu menangani ekonomi sehingga 2020, sekaligus menjejaskan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun, kaji selidik mendedahkan responden kaum Cina juga tidak yakin dengan kemampuan Putrajaya untuk memacu ekonomi negara.
Sebanyak 73% daripada responden kaum Cina dan 45% responden Melayu mempersoalkan cara Putrajaya mengendalikan ekonomi Malaysia.
Walaupun dengan pengenalan GST tahun depan, 51% daripada responden berkata mereka tidak yakin Putrajaya akan dapat mengendalikan ekonomi negara dan memulihkan defisit fiskal.
Hanya 38% daripada 1,009 responden menyatakan mereka mempunyai keyakinan ke atas pentadbiran Najib dapat menangani ekonomi Malaysia dan defisit fiskal.
Di samping itu, 52% daripada responden berasa Malaysia tidak akan dapat mencapai status negara maju dalam masa enam tahun, seperti yang disasarkan oleh Putrajaya.
Bagaimanapun, 41% responden berpendapat negara akan mencapai status negara maju menjelang 2020.
Yang mengejutkan adalah kebanyakan yang tidak bersetuju dengan kadar percukaian baru itu bukannya pelajar atau pengganggur sebaliknya peniaga.
Kajian itu menunjukkan peratusan paling tinggi yang tidak bersetuju dengan GST - 68 peratus - bekerja sendiri.
Ini berlaku walaupun kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk perisian membantu memudahkan proses pengutipan GST.
Kajian itu turut mendedahkan 53 peratus dari penjawat awam dan pekerja di syarikat berkaitan kerajaan menolak GST.– tmi/mk
sumber
0 respon:
Catat Ulasan